SINOPSIS

PENDEKATAN PENYIASATAN  DAN PENEROKAAN MATEMATIKAL

PENGENALAN

            Matematik tidak boleh ditakrifkan semata-mata sebagai isi kandung sahaja tetapi proses pembelajaran dan pengajaran perlu diberi keutamaan. Jika kita mempercayai takrifan tersebut, kita perlu mempertimbangkan cara terbaik untuk memperkembangan perlakuan berkaitan dengan pelajar. Penyiasatan dan penerokaan matematikal mampu memberi sumbangan ke arah perkembangan tersebut.

            Penyiasatan dan penerokaan matematikal lebih kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Ia sepatutnya melibatkan penggunaan proses yang membawa kepada kefahaman konsep, peraturan atau perkaitan. Di samping itu, ianya juga dapat menjanakan aktiviti dan perbincangan secara matematikal. Tidak dapat dinafikan lagi yang pengajaran dan pembelajaran dengan menyiasat dan meneroka sesuatu situasi itu sangat berkuasa dalam melibatkan pelajar dengan matematik.

 

PENYIASATAN MATEMATIK

            Penyiasatan matematik ialah satu cara ke arah mencapai matlamat yang besar iaitu untuk menyuntik satu semangat (spirit) penyiasatan dalam pengajaran kita. Ianya boleh dijalankan dengan suatu masalah atau situasi yang mudah yang mana pelajar boleh menunjukkan kemajuan mereka. Selain daripada itu, pelajar digalakkan menyediakan bahan manipulatif di mana bahan tersebut dapat meningkatkan kefahaman dan mempercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau keputusan. Pelajar harus diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta untuk berinteraksi antara guru dengan pelajar atau sesama pelajar.

            Sebelum penyiasatan matematikal diperkenalkan kepada pelajar, guru harus cuba menarik perhatian dan minat pelajar terhadapnya. Struktur dalam pengajaran kita harus memberikan pertimbangan terhadap pengalaman kumpulan pelajar, kebolehan kumpulan pelajar, cara bekerja dalam kumpulan, isikandungan atau proses yang hendak diperkembangkan dan masalah yang hendak diselesaikan.

 

KEGUNAAN PENYIASATAN MATEMATIK

               Penyiasatan matematik memainkan peranan penting di dalam menentukan kurikulum matematik. Namun pelaksanaannya adalah bergantung kepada cara guru mengajar dan cara pelajar belajar. Kebanyakan penyiasatan dibuat secara terbuka iaitu terbuka kepada interprestasi kreatif dan ia boleh digunakan semula apabila penyelesaian ditemui. Perluasan kepada penyiasatan asal mungkin akan menghasilkan persoalan yang baru, permasalah yang baru serta penemuan yang baru.        

            Penyiasatan matematik banyak memberi peluang kepada guru sendiri dengan memberi penerangan yang baik. Ianya juga dapat mengadakan perbincangan antara guru dan pelajar atau di kalangan pelajar sendiri. Selain daripada itu ianya turut membina kemahiran berfikiran aras tinggi (HOT) dan membina kemahiran dan strategi penyelesaian masalah. Pelajar juga berpeluang membina penemuan sendiri dan mengaplikasikan matematik dalam semua situasi dengan menunjukkan proses secara matematikal strategi penyelesaian msalah tersebut. Di samping itu, pelajar dapat membina perlakuan positif dan berfikiran secara terbuka.

 

PERANAN GURU DALAM PENYIASATAN MATEMATIK

             Pada peringkat awal dalam penyiasatan matematik adalah guru seharusnya mendengar dan menghargai respon yang diberikan oleh pelajar. Seandainya terdapat perbezaan pendapat di antara pelajar, guru gunakan peluang ini untuk menggalakkan pelajar membuat penjelasan dan justifikasi lanjutan. Ini dapat membantu dalam perkembangan bahasa yang lebih jelas dan meletakkan pelajar itu sendiri sebagai bertanggungjawab dalam membuktikan kebenaran .jawapan yang diberikan.

             Semasa pelajar menjalankan aktiviti secara individu atau berpasangan, guru dikehendaki memantau perlakuan pelajar dan mendengar percakapan mereka dan bersoal jawap dengan pelajar. Selain daripada itu, guru membimbing pelajar yang tersekat idea dan memberikan galakkan kepada pelajar. Guru juga digalakkan untuk meminta pelajar yang tidak menampakkan sebarang kemajuan dalam penyiasatannya untuk menerangkan kepada kelas apa yang mereka sedang cuba lakukan. Ini mungkin sedikit sebanyak membantu mereka membuka kekusutan dalam cara mereka berfikir.

 

  LANGKAH-LANGKAH PENYIASATAN MATEMATIK

            Terdapat lima langkah untuk menjalankan penyiasatan matematikal iaitu:

¯     Perkenalkan masalah

o       Guru akan cuba menanam minat pelajar dengan memotivasikan pelajar dengan mewujudkan situasi yang menarik dan relevan.

¯     Mentafsir masalah

o       Soalan dibina daripada masalah yang diberikan untuk mencari kata-kata kunci di dalam masalah yang diberi.

¯     Merancang penyiasatan

o       Guru membimbing pelajar memilih kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

¯     Melaksanakan penyiasatan

o       Murid membuat hypotesis dan genaralisasi. Manakala guru membimbing pelajar dengan bertanyakan beberapa soalan.

¯     Membuat kesimpulan

o       Murid akan menerangkan hasil penyiasatan dan menerangkan bagaimana dan kenapa mereka menggunakan sesuatu teori tersebut. Di samping itu, soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid yang lain dapat membantu untuk mencapai penghasilan penyiasatan yang baik.

 

 

PENEROKAAN MATEMATIK

        Penerokaan matematik adalah suatu kaedah mengajar pelajar satu cara berfikir tentang sesuatu situasi yang mana akan berkembang menjadi idea matematik. Ia bukan suatu kaedah mengajar pelajar kandungan pengetahuan matematik yang spesifik. Tujuan utama pembelajaran adalah berorientasikan proses dan bukan berasaskan kandungan. Penerokaan matematikal melibatkan pelajar untuk belajar dengan cara menghadapi soalan-soalan tak berstruktur yang bersifat terbuka, memfomulasikan konjektur, menilai kemunasabahan suatu kenyataan, membuat hujah yang masuk akal dan menggunakan contoh secara konstruktif. penerokaan melibatkan pemeriksaan suatu situasi, dengan atau tanpa sebarang soalan tertentu di fikiran, dan menemui sebarang perkara tentangnya. Ia melibatkan bermain-main dengan idea-idea matematikal dengan cuba satu perkara atau perkara yang lain, melihat kepada contoh, membuat tekaan dan bertanya soalan. ia juga melibatkan keinginan dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Apabila seseorang pelajar sedang meneroka, dia bukan sahaja sedang mencuba untuk menyelesaikan masalah tertentu tetapi dia cuba mempertingkatkan kefahaman tentang suatu situasi tertentu

 

MENGAPA MENGAJAR PENEROKAAN MATEMATIK ?

        Guru-guru matematik telah lama memerhatikan yang pelajar-pelajar mereka tidak berkemampuan untuk berfikir berkenaan dengan sesuatu masalah. Ramai pelajar mahu diberitahu bagaimana hendak membuat sesuatu, yang mana ini tidak akan menjadi apabial mengerjakan konsep matematikal yang kompleks . Kebolehan untuk meneroka sesuatu idea matematikal adalah kritikal kejayaan pelajar dalam matematik peringkat tinggi dengan memperkembangkan tabiat yang boleh membantu dalam mengerjakan teorem matematik dan pembuktian matematik. Para pelajar akan dibolehkan untuk meng"aku punya"kan matematik yang mereka pelajarai, lalu memberikan motivasi yang kuat dan kefahaman yang mendalam.

 

BAGAIMANA MELAKUKAN PENEROKAAN MATEMATIKAL ?

Penerokaan mungkin melibatkan membuat tekaan. Dalam matematik, membuat tekaan matematikal dipanggil sebagai konjektur.
Penerokaan mungkin melibatkan melihat banyak contoh.
Penerokaan mungkin bergantung kepada pengetahuan sedia ada.
Penerokaan mungkin boleh diberikan arah tuju yang lebih jelas dengan memperkenalkan terminologi yang bersesuaian.
Penerokaan mungkin lebih berjaya jika dilakukan secara koperatif
Penyimpanan rekod yang baik mungkin boleh membantu penerokaan

 

BAGAIMANA SEORANG GURU BOLEH MENGAJAR PENEROKAAN MATEMATIKAL?

Guru harus memilih satu situasi bukan masalah. Sebagai contoh, guru boleh memilih satu permainan.
Minta pelajar untuk memulakan penerokaan dengan memahami situasi yang diberi. Sebagai contoh, dengan bermain permainan tersebut.
Minta pelajar untuk membina soalan berkaitan permainan ini. Pada mulanya, guru memandu pelajar dalam membina soalan.
Meminta pelajar untuk menuliskan soalan-soalan yang telah dibina.
Minta pelajar untuk menjawab soalan yang telah mereka bina. Pada mulanya ,guru mungkin memandu pelajar untuk menjawab soalan-soalan ini.
Pandu pelajar untuk menjawab tekaan dan menguji tekaan mereka.
Akhir sekali, guru mungkin boleh bertanya pelajar untuk membuat generalisasi tentang sesuatu situasi yang diberikan.
Di sepanjang penerokaannya, guru boleh menggalakkan pelajar untuk bekerja secara koperatif dengan pelajar lain.

 

BACK

Hosted by www.Geocities.ws

1