PENYELESAIAN MASALAH

 

Seorang pelanggan membeli sepasang kasut dengan harga RM20. Dia memberi wang RM50 kepada Encik Ramasamy, pengurus kedai berkenaan. Ramasamy tiada wang kecil kecil untuk tukaran duit, jadi dia menukar duit RM50 itu dengan rakannya, Encik David. Kemudian dia memberikan RM30 sebagai duit baki kepada pelanggannya. Pada sebelah petang, Encik David memberitahu Encik Ramasamy bahawa wang RM50 yang diberikannya adalah wang palsu. Encik Ramasamy terpaksa menggantikan duit palsu itu. Berapakah kerugian Encik Ramasamy akhirnya?

 

PENYELESAIAN

          

       

 

Urusniaga pembelian kasut boleh ditunjukkan melalui gambarajah di atas.

                        Menunjukkan wang yang diterima

                        Menunjukkan wang yang dikeluarkan

           

Wang palsu RM50 tidak mempunyai nilai, maka tidak diambil kira dalam pengiraan kerugian Encik Ramasamy.  

Maka, wang yang diterima oleh Encik Ramasamy ialah:

                        RM (30 + 20 ) = RM50

Wang dikeluarkan oleh Encik Ramasamy ialah:

                        RM (20 + 30 + 50) = RM100

Oleh itu, kerugian Encik Ramasamy ialah:

                        Wang yang dikeluarkan – Wang yang diterima

                        = RM (100 – 50 )

                        = RM 50

Kerugian ini terdiri daripada wang RM30 dan nilai kasut yang dijual bernilai RM20. Jika nilai kasut yang diperolehi Encik Ramasamydari pembekal adalah kurang daripada RM20, maka kerugian Encik Ramasamy adalah kurang daripada RM50.

 

Kaedah penyelesaian lain

        Masalah soalan ini boleh diselesaikan secara lakonan melibatkan tiga orang dan wang yang terlibat. Di akhir proses jual beli ini, didapati Encik Ramasamy telah mengalami kerugian sepasang kasut bernilai RM20 dan wang tunai RM30 iaitu jumlah kerugian ialah RM50.

 

BACK

Hosted by www.Geocities.ws

1