JAWAPAN 

BERAPA USIA SAYA?

Soalan difahami dengan menyenaraikan kata-kata kuncinya:

 Senaraikan gandaan 5 – 5, 10, 15, 20, 25, ... dan senaraikan gandaan 7 – 7, 14, 21, 28, 35, ... Cuba teka umur saya, katakanlah n, dan semak sama ada n+1 ialah satu gandaan 7

 Jika umur saya sekarang ialah 5, umur saya pada tahun depan ialah 6, bukan gandaan 7. Jika umur saya sekarang ialah 10, umur saya pada tahun depan ialah 11, bukan  gandaan 7. Jika umur saya sekarang ialah 15, umur saya pada tahun depan ialah 16, bukan gandaan 7. Jika umur saya sekarang ialah 20, umur saya pada tahun depan ialah 21, iaitu satu gandaan 7. Maka umur saya sekarang ialah 20 tahun.

Bolehkah anda mencari jawapan yang lain? Jawapan yang mungkin mestilah dalam bentuk 5(4 + 7n).Mengapa? Bagaimana pula jika umur saya ialah 3 kali umur Ali. Pada tahun depan, umur saya ialah 5 kali umur Bala. Berapakah umur saya sekarang?

BACK

Hosted by www.Geocities.ws

1