ARTIKEL ILMIAH                                                                             

PENGGUNAAN KALKULATOR GRAFIK DI SEKOLAH?. REALITI ATAU FANTASI

 

PENGENALAN

    Kemajuan sains dan teknologi telah membawa makna baru dalam kehidupan manusia. Perkembangan yang pesat dalam bidang elektronik telah melahirkan satu mesin kira yang sangat berkuasa untuk bidang pendidikan iaitu Kalkulator Grafik. Penggunaan kalkulator yang sedang berkembang maju di negara-negara maju telah menyebabkan negara kita perlu merubah sistem pendidikan matematik dengan penggunaannya yang lebih menyeluruh. Peningkatan mutu penggunaanya terus berkembang dari hari ke hari sehingga ke tahap yang sangat tinggi

 

Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik

      Budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan,berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM,1997). Mengikut pengarang buku 'Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum (National Research Council [NRC],1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam Pendidikan Matematik.Antaranya ialah :

Pendidikan Matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya  untuk segelintir masyarkat.Oleh yang demikian,skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih.
Ciri bidang Matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru
Perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif
Pandangan pelajar juga telah berubah dimana kanak-kanak zaman kini ingin belajar lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisadan menerokai penyelesaian masalah mereka.
Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perbahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

KELEBIHAN KALKULATOR GRAFIK

    Selain dari keupayaan menghitung nombor perpuluhan, pecahan dan nombor kompleks, kalkulator grafik juga mempunyaio keupayaan melakukan manipulasi simbolik yang boleh diselesaikan dengan mudah seperti menyelesaikan masalah algebra, ungkapan algebra dan pemfaktoran, kalkulus dan memanipulasikan matriks. Kebolehan menyimpan data juga jauh lebih besar dibandingkan dengan kalkulator sebelumnya. Satu ciri yang sangat menarik ialah kebolehan melakarkan graf-graf fungsi dan menterjemahkannya serta pemodelanan dari masalah dunia sebenar kepada masalah matematik  Banyak kelebihan yang akan wujud jika penggunaan kalkulator grafik dibenarkan di sekolah-sekolah. Antara kelebihan-kelebihan kalkulator grafik ialah;

       Kebolehan melihat cara pengiraan, mengedit dan megira semula
       Melakar graf fungsi dan menganalisis data dengan cepat
       Mengira pecahan
       Menggunakan kaedah penyelesaian bergraf
       Menyelesaikan masalah persamaan linear dan persamaan serentak.
       Menyelesaikan masalah matriks
       Pengiraan nombor yang kompleks
       Keupayaan melakukan manipulasi algebra seperti pemfaktoran, kembangan, dan ungkapan algebra.
       Manyelesaikan masalah keberangkalian dan stastistik

Beberapa kebaikan dan keburukan mengguna kalkulator grafik di dalam kelas yang telah diutarakan oleh di Norweigen adalah seperti berikut.
 
Kebaikan
Keburukan
Pelajar lebih jelas akan keperluan asas matematik melalui penerokaan mendapat jawapan sahih yang diberi oleh kalkulator.
Motivasi pelajar untuk melakukan latih tubi dan mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh menjalankannya dengan lebih cepat dan tepat. 
Hanya sebeberapa ketika menjalankan intro terhadap kaedah matematik, prinsip yang sama boleh dijalankan ke masalah yang lebih kompleks.
Pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada kalkulator grafik walaupun untuk pengiraan congak.
Prinsip rumus matematik boleh dikaji melalui penggunaan variasai yang mudah apabila data-data dimasukkan ke dalam kalkulator grafik.
Input data yang tidak mencukupi akan menyebabkan kesan dramatik terhadap jawapan.
Kalkulator dapat menyelesaikan masalah yang lebih kompleks
Jawapan yang diberi mungkin pelbagai dan jauh dari sangkaan pelajar. (unfamiliar)
Kesiapan kaedah boleh diperbetulkan kerana di atas skrinnya di paparkan sebarang operasi.
Setengah pelajar tidak memaksimunkan penggunaan kalkulator.
Pelajar mendapat kepuasan bersama rakan-rakan, serta berpeluang menunjukkan kebolehan masing-masing menerokai penyelesaian kepada masalah matematik menggunakaan kalkulator grafik. 

 

MENGAPA KALKULATOR GRAFIK PERLU DIGUNAKAN DI SEKOLAH?

  1. Teknologi terkini
  2. Membantu pelajar meneroka, menyiasat bagi membina konsep matematik
  3. Pembelajaran kendiri
  4. Menjimatkan masa pengiraan
  5. Menarik minat pelajar dengan teknologi baru
  6. Mempunyai banyak fungsi yang boleh dimanipulasikan untuk matematik
  7. Mempunyai keupayaan visualisasi yang sangat menarik
  8. Memotivasi dan membantu dalam menyelesaikan masalah
  9. Menggalakkan pelajar bercakap mengenai matematik.
  10. Menggalakkan pembelajaran kolaboritif
  11. Menggalakkan dan menyokong usaha matematik merentasi kurikulum

 

Pengaruh Kalkulator Dalam Pendidikan Matematik

          Penggunaan kalkulator secara meluas kepada pelajar ditakuti pelajar akan gagal menguasai konsep dan menghafal fakta-fakta. Ini akan memberi kebebasan untuk penerokaan, penyiasatan dan menyelesaikan masalah. Perhubungan , perkaitan, dan pembentukan pola adalah elemen penting dalam proses matematik yang dapat dipraktiskan. Anggapan pelajar mengenai matematik yang membosankan, sukar dan tidak diminati akan dapat dielakkan apabil;a pelajar menguasai penggunaan kalkulator.  Teknologi moden sememangnya mampu menarik minat pelajar walaupun untuk pelajar di tahap rendah.

           Pelajar boleh menggunakan kaedah mereka sendiri untuk menyemak dan mentafsir dapatan mereka. Di sinilah hilangnya kekhuatiran pelajar untuk menghafal formula serta memudahkan penyemakan langkah kerja serta meningkatkan motivasi diri untuk berjaya. Kalkulator grafik contohnya, boleh dimuatkan dalam poket dan mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar terhadap matematik.

 

KEKANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

   Walaubagaimanapun canggih sesuatu tekonologi, jika tiada kerjasama di antara pihak-pihak yang terlibat, tidak memungkinkan perlaksanaan sesuatu perubahan atau pembaharuan dalam sesuatu bidang. Antara kekangan-kekangan yang mungkin timbul dalam penggunaan kalkulator grafik di sekolah ialah:

  1. Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Tenaga pengajar yang terlatih
  3. Harga kalkulator grafik yang mahal
  4. Kepercayaan masyarakat terhadap penggunaannya
  5. Tiada peralatan di sekolah
  6. Tekonologi pengajaran yang baru

 

Kesimpulan

         Ledakan teknologi masa kini merupakan cabaran yang harus diambil berat oleh para guru supaya sistem pendidikan masa kini seimbang dengan zamannya.Namun demikian sebagai guru, tugas berat yang dipikul oleh kita adalah bagaimana sesuatu konsep asas dapat dipelajari oleh pelajar kita. Kita tidak perlu teralpa akan kemudahan dan kecanggihan teknologi sehingga pelajar hanya  bergantung kepada teknologi moden sahaja. Kesimpulannya, penggunaan kalkulator akan menambahkan peluang kepada guru-guru untuk memberi celik-akal dalam matematik. Satu usaha patut dilakukan ke arah memaksimumkan perhubungan di antara fizikal (kertas dan pensil atau kalkulator) dan mental khususnya dalam pendidikan matematik sekolah rendah melalui persembahan bilik darjah yang lebih efisien dan berkesan. Sejarah telah menampakkan seribu macam perubahan yang menunjukkan bahawa teknologi lama akan diambil alih oleh teknologi terkini. Adakah kalkulator tidak boleh menggantikan buku sifir atau algoritma atas kertas? Tidak inafikan mungkin timbul beberapa buah fikiran yang bercanggah untuk menggunakan kalkulator dalam matematik di sekolah rendah tetapi sesuatu yang berfaedah dan mempunyai potensi untuk meningkatkan penguasaan matematik dikalangan pelajar tidak harus diketepikan.


RUJUKAN


Abu Osman bin Md. Tap, Zainodin Hj. Jubok,Mokhtar bin Abdullah dan Ahmad Mahir Razali (1986). Kesan kalkulator terhadap pendidikan matematik di sekolah. Jurnal Pendidikan 10 dan 11. Ms 71-78

Zaleha Haji Ismail dan Maznah Hura Haji Ahmad (1989). Bantuan kalkulator dalam pengajaran matematik. Berita Matematik. No. 35, Disember 1989, m.s. 30-36. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Palanisamy, K.V. (1984). Kalkulator elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Berita Matematik. no. 29, September 1984. Ms. 2-7. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum.

Shuard, Hilary (1992): Lets stop wasting time. Micromath, spring 1992, v.8, n.1, 29-30.

National Council of teachers of Mathematics. (1974 December). NCTM Board approves policy statement on the use minicalculator in the mathematics classroom. NCTM newletter, p.3.

Cockcroft,W.H. (1986).Mathematics Counts,London:HMso

Eugene D.Nichols & Merlyn J.Behr (1923).Elementary School Mathematics and How to teach it.

KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana.Kuala Lumpur.

NCTM (1980.An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of 1980s.New York

 
 
 

BACK

 

Hosted by www.Geocities.ws

1