ARTIKEL  ILMIAH                                                                   

 

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

 

PENGENALAN

            Teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer merupakan alat yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik .Teknologi elektronik ini termasuklah kalkulator grafik dan program komputer seperti (The Geometer's Sketchpad ) GSP , MS-EXCEL , The World Wide Web (WWW ) dan program-program yang lain . Teknologi elektronik ini boleh mengambarkan ide matematik ini secara visual , menganalisis data  dan mengira dengan cekap dan tepat . Ia akan membantu murid-murid  dalam membuat penyiasatan matematik dalam geometri , statistik , algebra , pengukuran dan nombor . Ia akan menolong dan memfokuskan murid-murid  dalam membuat keputusan , membuat refleksi , penaakulan dan penyelesaian masalah matematik .

        Murid-murid akan dapat mempelajari matematik secara lebih mendalam melalui penggunaan teknologi elektronik yang sesuai . Teknologi elektronik ini tidak sepatutnya digunakan sebagai ganti untuk asas pemahaman matematik dan membuat intuisi . Sebaliknya ia boleh membantu dalam asas pemahaman dan membuat intuisi .

        Kewujudan teknologi ini menyebabkan kita perlu untuk memikirkan semula ide-ide matematik yang patut dipelajari dan bagaimana murid-murid dapat mempelajari ide-ide matematik dengan cara yang terbaik melalui penggunaan teknologi ini .

 

TEKNOLOGI MEMPERKAYAKAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

        Teknologi boleh membantu murid-murid dalam mempelajari matematik .Contohnya kalkulator dan komputer boleh mengkaji dan mempersembahkan pelbagai bentuk contoh-contoh penyelesaian masalah jika dibandingkan dengan kemampuan asas tangan kita , jadi murid-murid akan dapat membuat dan mengkaji konjektur yang dibuat dengan lebih mudah . Teknologi grafik secara visual akan membantu murid-murid dalam pembelajaran grafik . Kuasa pengiraan teknologi ini akan membantu dalam penyelesaian masalah yang sebelum ini mungkin tidak dapat diselesaikan . Di samping itu , teknologi ini dapat melakukan proses pengiraan dengan cepat dan tepat . Seterusnya membebaskan murid-murid ini daripada menghabiskan masa dalam proses pengiraan lalu membolehkan murid-murid ini mempelajari konsep matematik secara menyeluruh dengan lebih baik lagi merangkumi proses membuat model masalah kehidupan , proses pengiraan dan proses interprestasi    penyelesaian masalah kehidupan .

        Teknologi ini akan memudahkan pemahaman ide-ide matematik yang abstrak . Ia membantu dalam penyiasatan masalah matematik dan menunjukkan maklum balas perubahan bentuk objek atau ukuran secara spontan . Contohnya , pemindahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut dalam GSP , perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan seterusnya secara spontan dalam MS-EXCEL . Teknologi ini mengalakkan perbincangan antara murid dengan murid dan murid dengan guru mereka tentang perubahan -perubahan yang berlaku pada objek atau data di atas skrin .

        Teknologi ini membolehkan guru menyesuaikan pengajaran dengan keperluan murid-murid . Murid-murid yang mempunyai tumpuan perhatian yang rendah mungkin  akan lebih berminat dengan tugasan menggunakan komputer , murid-murid yang kurang kemahiran berinteraksi mungkin lebih selesa mempelajari matematik melalui penggunaan komputer .

 

TEKNOLOGI MEMBANTU DALAM PENGAJARAN MATEMATIK YANG EFEKTIF

        Keberkesanan penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bergantung kepada penggunanya iaitu guru . Guru sepatutnya mengggunakan teknologi ini untuk memudahkan pembelajaran murid-murid dengan pemilihan teknologi yang bersesuaian dengan tugasan matematik . Contohnya , guru boleh menggunakan teknologi dalam membuat simulasi untuk pemahaman masalah matematik atau guru boleh menggunakan maklumat internet dan WWW  dalam menyediakan tugasan murid .

       Teknologi tidak dapat mengantikan guru matematik . Pandangan yang mengatakan bahawa murid-murid dapat mempelajari matematik melalui penggunaan teknologi tanpa bantuan guru adalah  adalah salah . Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembelajaran yang berkesan melalui pengunaan teknologi. Guru mesti menentukan bila dan bagaimana teknologi itu harus digunakan pada permulaan pengajaran di bilik darjah . Semasa murid-murid menggunakan kalkulator dan komputer dalam bilik darjah , guru berpeluang dan perlu memerhatikan permikiran murid-murid dalam penyelesaian masalah matematik . Secara tidak langsung  , teknologi membantu guru dalam penilaian dan pemahaman proses penyelesaian masalah murid-murid .

 

TEKNOLOGI MEMPENGARUHI KURIKULUM MATEMATIK

    Teknologi bukan sahaja mempengaruhi pengajaran dan  pembelajaran matematik tetapi mempengaruhi dan mungkin menentukan apa yang perlu diajar dan bila perlu diajar . Murid-murid tadika dapat menyelesaikan masalah nilai nombor yang sangat besar dan menyiasat ciri-ciri bentuk geometri melalui teknologi geometri . Murid-murid sekolah rendah dapat mengendalikan set data-data yang besar . Murid-murid sekolah menengah dapat mempelajari persamaan linear dan ide kecerunan melalui gambar visual yang akan berubah secara spontan dalam teknologi grafik . Murid-murid sekolah menengah peringkat tinggi akan dapat mempelajari taburan sampel  data-data . Teknologi akan membolehkan penyelesaian masalah rumit yang sebelum ini tidak dapat diselesaikan oleh murid-murid . Teknologi juga menyebabkan permisahan topik-topik seperti algebra , geometri dan analisi data menjadi kurang melalui perkongsian ide dari satu bidang ke bidang yang lain .

    Teknologi dapat membantu guru dalam menghubungkaitkan perkembangan kemahiran prosedur matematik kepada perkembangan pemahaman matematik secara menyeluruh . Kemahiran-kemahiran tertentu yang penting sebelum ini mungkin menjadi kurang penting atau tidak diperlukan lagi melalui penggunaan teknologi . Murid-murid tadika akan dapat memanipulasikan objek-objek atau logo pada skrin komputer yang sebelum ini cuma dapat dibayangkan sahaja . Teknologi geometri akan memudahkan pemahaman penjelmaan objek-objek seperti translasi , putaran , pantulan dan pembesaran . Teknologi grafik memudahkan pengkajian ciri-ciri fungsi linear , fungsi kuadratik ,fungsi kubik dan fungsi-fungsi yang lain . Seterusnya , teknologi membolehkan topik-topik matematik yang ditinggalkan dahulu atau topik-topik matematik yang baru dapat dipelajari oleh murid-murid .

 

PENUTUP

    Negara kita , Malaysia , terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia akan dan sedang  mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik  dalam abad ke -21 ini terutamanya merealisasikan wawasan 2020 . Dalam menjayakan ini , beberapa cadangan di  bawah mungkin bolehlah dipertimbangkan dan dilaksanakan.

  1. Semua murid-murid mesti mempunyai kemudahan komputer dan kalkulator di sekolah atau di rumah .

  2. Guru matematik seharusnya menggunakan komputer dan kalkulator dalam tugasan murid dan penilaian guru serta menguasai perkembangan teknologi terkini dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik.

  3. Jabatan pendidikan negeri , daerah dan sekolah perlu mengadakan kursus perkembangan penggunaan teknologi untuk guru-guru yang sedang berkhidmat .

  4. Universiti dan maktab-maktab perguruan harus mendedahkan penggunaan teknologi ini kepada bakal-bakal guru .

  5. Pusat perkembangan kurikulum harus mengetahui kesan penggunaan teknologi ke atas kurikulum matermatik yang perlu digubal dan diajar kepada murid-murid.

  6. Penulis dan penerbit buku harus memasukkan unsur teknologi ini dalam buku terbitan mereka . Penganjur pertandingan matematik harus mengalakkan penggunaan teknologi dalam projek atau persembahan peserta-peserta .

  7. Para pendidik matematik patut memaklumkan kepada murid-murid , ibu-bapa , pentadbir dan jemaah sekolah serta yang lain tentang hasil kajian tentang kebaikan-kebaikan menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik .

 

BAHAN RUJUKAN

  1. Principles and standards for school mathematics - The  Technologi Principle . http://standards.nctm.org/document/chapter2/techn.htm.

  2. Calculators and the education of youth . http://www.nctm.org/about/position_statements/position_statement_01.htm

  3. Nota kursus : Isu dan trend pendidikan matematik abab ke-21, Seameo Recsam , Pulau Pinang .

 
BACK

Hosted by www.Geocities.ws
GridHoster Web Hosting
1