PENGENALAN 
LOKASI 
HUBUNGI KAMI 

Ke Mukasurat 2: Klik Disini Untuk Membuat Tempahan 




1. PENGENALAN

1.1 Tentang CS Enterprise

CS ENTERPRISE adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Che Saberi Che Din dimana pengeluaran utamanya adalah perniagaan burung puyuh. Beliau telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan burung puyuh secara meluas khususnya disekitar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Selain daripada permintaan yang tinggi terhadap burung puyuh di hotel-hotel dan restoran-restoran, pengusaha Syarikat CS Enterprise ini juga telah mengembangkan naungan jualannya di luar Negeri Sembilan bergantung kepada permintaan.

1.2 Tentang Burung Puyuh

Burung puyuh adalah sejenis ternakan dimana daging dan telurnya mengandungi zat yang tinggi serta tidak membawa banyak masalah penyakit, berbanding ayam dan burung-burung peliharaan lain.

Terdapat beberapa jenis baka burung puyuh yang boleh kita dapati di Malaysia dan lingkungan umur yang sesuai untuk penjualan jenis-jenis baka burung puyuh ini adalah seperti berikut:

JenisAsalUmur Jualan
Bob WhiteUS6 hingga 16 minggu
Contrunix JaponicaJapan6 minggu
Cross bredTempatan6 minggu
IKTAJPH6 minggu
* JPH = Jabatan Penternakan Haiwan

Dibawah, adalah maklumat pemakanan di dalam perbandingan nutrien yang terdapat pada daging dan telur burung puyuh, berbanding jenis-jenis binatang ternakan lain yang terdapat di Malaysia:

PERBANDINGAN NUTRIEN DAGING (Per 100 gram)
 Protein %Lemak (Gram)Kalori (KCal)Besi (Mg)Kolesterol (Mg)
Burung Unta26.92.81403.283
Ayam28.97.411901.289
Ayam Belanda29.35.01701.876
Bif29.99.282113.086
Kerbau28.42.421433.482
Khinzir29.39.662121.186
Puyuh20.544.21234.476
Rusa30.23.21584.5112
KambingTiada Data2.0109Tiada Data57
Bebiri22.013.0205Tiada Data78
VenisonTiada Data2.0124Tiada DataTiada Data
Kaki Katak (goreng)Tiada Data20.0290Tiada DataTiada Data
ArnabTiada Data6.0136Tiada Data57
PenyuTiada Data0.589Tiada Data50
ItikTiada Data39.0404Tiada Data76
Angsa 7.0161Tiada Data84

Perbandingan Nutrien Telur (Per 100g)
NutrienAyamPuyuh (keseluruhan)Itik
Air (g)75.3374.0 %70.83
Tenaga (KCal)149 185
Protein (g)12.4913.0 %12.81
Lemak (g)10.0211.0 %13.77
Abu (g)0.941.0 %1.14
Karbohidrat (g)1.221.0 %1.45
Galian (mg)486.58 674.36
Vitamin B6 (mg)0.139 0.25
Asid Amino (g)12.49 12.99
Asid Pantothenic (mg)1.255 1.862
Riboflavin (mg)0.508 0.404
Thiamin (mg)0.062 0.156
Vitamin A (IU)635 1328
Niacin (mg)0.073 0.20
Vitamin B12 (mcg)1.00 5.40

* Maklumat diperoleh dari JPH

CS Enterprise amat mementingkan kualiti produknya dan jika ada terdapat pertanyaan atau masalah berbangkit berkenaan dengan produk kami, anda boleh terus menghubungi pengurus syarikat, Che Saberi Che Din untuk tindakan susulan seperti di alamat di bawah.

Klik Untuk Ke Atas Semula




Lokasi CS ENTERPRISE

CS Enterprise terletak berhampiran dengan bandar Seremban, dan ianya memudahkan pelanggan mencari dan mendapatkan bahan-bahan (mentah dan siap-sedia) dalam pelbagai produk burung puyuh terus dari Syarikat CS Enterprise.

Klik Untuk Ke Atas Semula




Hubungi Kami

Anda boleh menghubungi CS Enterprise di alamat:

Che Saberi Che Din,
No.34, Lorong Kekwa,
2/2 Taman Kekwa,
70400 Ampangan,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

No. Telefon: 019 - 6647405

Mohd. Hermie bin Jamil,
No.23, Jalan Cempaka 6,
Taman Cempaka Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

No. Telefon: 012 - 3066301

Disamping memberi perkhidmatan daging dan telur burung puyuh di hotel-hotel dan restoran, kami juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk cuba menceburi bidang perniagaan burung puyuh ini dan mereka yang ingin mendapatkan bahan-bahan mentah.

Klik Untuk Ke Atas Semula


Hosted by www.Geocities.ws

1