Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Klik logo TapakKaki untuk kembali ke mukasurat pertama (index.html)
Browsers Compatibility:
Internet Explorer | Mozilla Firefox | Netscape Navigator
:Pixels
1024 x 768 | 800 x 600

http://www.geocities.com/bintang3000/index.html
Laman web ini, dibina untuk seorang guru daripada Sekolah Rendah St.Mary, Brickfields, Kuala Lumpur - Wan Nor Habsah bt. Wan Salleh.

Juga, pembinaan laman web ini adalah secara profesional, permulaan saya mempromosikan diri dalam bidang membuat laman web.


Window ini adalah khas untuk page pop-up. Lepas abis tengok, CLOSE windows ini yach.

  Mukasurat Pertama



 



Mulakan >>


Keterangan :

Nama : Wan Nor Habsah bt Wan Salleh
Tajuk : Bintang-bintang di Alam Semesta
Subjek : Pengurusan Sumber (Teknologi Maklumat)
Jurusan : SN / PM
Semester : Empat (4)

  Mukasurat Kedua



 

Layer 1/31



Bintang-bintang yang kita lihat di angkasa itu sebenarnya adalah kumpulan-kumpulan gas yang bersinar-sinar dan sangat panas. Saiz bintang-bintang yang kita nampak ini adalah sangat besar.

Back | Next

  Mukasurat Ketiga




Layer 2/31


Kira-kira 3 ribu biji bintang dapat kita perhatikan dengan menggunakan mata kasar, tetapi apa yang kita lihat itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada langit yang kita nampak. Jika keseluruhan langit itu dapat diperhatikan, dianggarkan sebanyak 5 ribu biji bintang yang dapat kita lihat dalam satu masa.

Apabila melihat bintang menerusi Teleskop, kita mungkin dapat melihat sehingga 600,000 biji bintang. Tetapi, Teleskop yang digunakan oleh Ahli-ahli kaji Bintang dapat melihat lebih jauh lagi hingga jutaan bintang di angkasa.

Tiada siapa yang pasti berapa banyak kah bintang-bintang yang terdapat di alam semesta ini kesemuanya. Tetapi Ahli Kaji Bintang percaya sekurang-kurangnya terdapat 200 bilion bilion (200,000,000,000,000,000,000...) bintang terdapat di angkasa!

Back | Next

  Mukasurat Keempat




Layer 3/31


Bintang yang paling kuat bercayaha adalah bintang yang bernama Sirius, yang juga digelar Dog Star. Saiz bintang ini, walau pun sama saiznya dengan Matahari, Sirius adalah hampir 30 kali ganda lebih bercahaya daripada Matahari. Sirius adalah Bintang Pendua (binary star) kerana mempunyai sebuah lagi bintang yang kecil yang mengelilingi nya. Bintang kecil ini mengambil masa selama 50 tahun untuk mengelilingi Sirius dalam satu putaran lengkap.

Back | Next

  Mukasurat Kelima



 

Layer 4/31



Bintang-bintang secara amnya adalah terbentuk daripada gas-gas yang sangat panas. Gas yang paling banyak terbentuk adalah gas Hidrogen, dimana di dalamnya terdapat satu bahan kecil berbentuk bebola yang dipanggil Atom. Kepanasan yang terdapat di dalam bintang ini membuatkan atom-atom hidrogen aktif dalam keadaan meletus ke merata tempat. Atom-atom ini akan terus meletus dan berlanggaran antara satu sama lain.


Back | Next

  Mukasurat Keenam



 

Layer 5/31


Kadangkala 2 atom hidrogen yang berlanggaran dalam satu tekanan yang sangat tinggi akan bergabung bersama. Keadaan ini digelar pergabungan nuklear (nuclear fusion).

Akibat daripada kejadian ini akan mengakibatkan terhasilnya pancaran cahaya dan sedikit percikan api dan kepanasan. Perlanggaran-perlanggaran ini apabila dikumpulkan semuanya di dalam setiap bintang, beratus-ratus juta tan atom hidrogen akan terhasil serentak dan bergabung bersama setiap saat.

Back | Next

  Mukasurat Ketujuh



 

Layer 6/31


Perlanggaran ini menghasilkan berbilion-bilion pancaran cahaya dan percikan-percikan api dan kepanasan ke serata alam dalam satu masa. Dan perlanggaran ini akan terus berlaku selamanya.

Back | Next

  Mukasurat Kelapan



 

Layer 7/31


Ahli-ahli kaji bintang mempercayai, suatu masa dahulu, segala yang ada di seluruh alam semesta ini adalah ditempatkan di dalam satu bebola kecil yang sangat padat di angkasa. Kemudian, kira-kira 13 bilion tahun dahulu, berlaku nya satu letupan yang sangat besar dan kuat.

Ahli-ahli saintis menamakan kejadian letupan ini sebagai Big Bang. Mereka percaya bahawa Big Bang ini adalah titik tolak kelahiran angkasa lepas.

Back | Next

  Mukasurat Kesembilan



 

Layer 8/31


Big Bang ini membuatkan gas dan habuk berterbangan ke alam semesta. Gas-gas dan habuk ini diperbuat daripada pelbagai bahan-bahan halus bersifat kimia.

Perlahan-lahan, kesemuanya ini bergabung dalam satu awan raksasa di angkasa. Daya tarikan graviti pula menarik awan-awan yang terbentuk ini bersama-sama, sehingga padat.

Back | Next

  Mukasurat Kesepuluh



 

Layer 9/31


Setelah melalui masa yang lama, kuasa tarikan graviti ini telah membentuk gabungan-gabungan awan tadi menjadi sebuah sfera yang sangat padu. Pada mulanya, setiap sfera ini berkembang dalam kitaran 10 trilion batu.

Selepas berjuta-juta tahun lamanya, sfera ini menjadi lebih padat dan mengecut perlahan-lahan. Sehingga pada suatu masa, ukuran sfera ini hanya tinggal 1 juta batu sahaja. Dan pada masa inilah bintang pertama di lahirkan!

Back | Next

  Mukasurat Kesebelas



 

Layer 10/31


Kebanyakan saintis merasakan bahawa Matahari dan planet-planet lain terbentuk daripada awan-awan gergasi dan habuk angkasa kira-kira 5 bilion tahun dahulu. Daya tarikan graviti telah menarik kebanyakan awan berkumpul di tengah-tengah.

Kumpulan bahan-bahan yang banyak ini lama-kelamaan menjadi Matahari, tetapi terdapat lebihan awan yang tidak ditarik bersama. Lebihan ini akan berterusan mengelilingi Matahari dan dalam satu peredaran masa, lebihan-lebihan awan ini akan menarik antara satu sama lain menjadi bebola-bebola yang lebih kecil yang digelar Planet-planet.

Back | Next

  Mukasurat Kedua belas



 

Layer 11/31


Walaupun di saat ini, banyak bintang-bintang baru yang sedang di dilahirkan. Sangat banyak awan-awan yang masih lagi berterbangan/terapung di serata alam.

Ada lebihan-lebihan awan yang di tinggalkan akibat dari kejadian Big Bang, ada juga lebihan-lebihan awan yang di tinggalkan dari bintang-bintang lama yang sudah meletup. Bintang yang baru akan terjadi apabila awan-awan yang bergas dan habuk ini berkumpul/bergabung bersama.

Apabila awan-awan ini telah menjadi padat dan kecil, gas di dalamnya tadi akan menjadi bertambah panas. Atom-atom akan berlanggaran dan bergabung bersama, menghasilkan kepanasan dan cahaya yang sangat kuat. Dan sebiji bintang baru telah pun dilahirkan, sama seperti bintang-bintang lain yang dilahirkan selepas kejadian Big Bang.

Back | Next

  Mukasurat Ketiga belas



 

Layer 12/31


Bintang-bintang yang sudah dimamah usia akan mati. Selepas berbilion tahun, bintang-bintang akan menggunakan hidrogen yang terdapat pada nya dan akan menjadi semakin kecil.

Ada juga bintang-bintang yang mengecut dan menjadi sangat kecil di mana mereka di gelar White Dwarf. Walaubagaimana pun, White Dwarf ini sangat berat.

Back | Next

  Mukasurat Keempat belas



 

Layer 13/31


Satu sudu teh daripada pecahan White Dwarf ini adalah seberat 1 ribu tan! Kadangkala White Dwarf ini akan tiba-tiba menjadi sangat terang daripada kebiasaannya. Ini adalah dimana bintang ini akan bertukar menjadi Nova.

Kadangkala, bintang ini akan meletup dan hancur sama sekali. Di saat ini, bintang tadi akan digelar Supernova. Cahaya yang terpancar dari Supernova ini adalah sejuta kali ganda lebih terang dari bintang Nova.

Back | Next

  Mukasurat Kelima belas



 

Layer 14/31


Bintang-bintang juga boleh mengecut hingga mencecah hanya beberapa batu besar sahaja. Kemudian mereka akan menjadi Black Hole.

Daya tarikan graviti yang ada pada Black Hole adalah super-kuat. Ianya sangat kuat sehinggakan cahaya pun tidak dapat melepasinya. Tanpa cahaya, bintang ini adalah dalam keadaan yang sangat gelap di angkasa.

Back | Next

  Mukasurat Keenam belas



 

Layer 15/31


Bintang yang paling dekat dengan Bumi adalah Matahari. Jarak antara keduanya adalah lebih kurang 93 juta batu dari kita semua.

Dari bumi, kita dapat melihat Matahari sebagai sebuah bebola api daripada melihatnya sebagai bintang bercahaya yang memercikkan api. Dari jarak ini juga dapat kita merasai kepanasan dan cahaya nya yang sangat kuat.

Back | Next

  Mukasurat Ketujuh belas



 

Layer 16/31


Walaupun kita rasakan dekat sahaja Bumi dan Matahari, tetapi untuk sampai ke Matahari mengambil masa yang sangat lama. Jika sebuah kereta yang berkelajuan 60 batu sejam dipandu, hanya akan sampai ke Matahari dalam 177 tahun yang akan datang.

Pada kelajuan 25 ribu batu sejam, sebuah roket itu akan mengambil masa selama lebih dari 5 bulan untuk sampai ke sana. Cahaya yang terpancar dari Matahari yang berkelajuan 186 ribu batu sesaat kilometer sesaat), hanya mengambil masa 8 minit untuk sampai ke Bumi!

Back | Next

  Mukasurat Kelapan belas



 

Layer 17/31


Kepanasan Matahari adalah tidak terbayang, dan tidak dapat dibandingkan dengan kepanasan yang terdapat di bumi ini. Suhu permukaan Matahari sahaja adalah setinggi 10 ribu darjah Fahrenheit.

Suhu dalaman Matahari adalah lebih panas lagi. Lebih kurang 27 juta darjah Fahrenheit. Cuba bandingkan dengan dapur gas di rumah, yang hanya mencapai 1 ribu darjah Fahrenheit.

Back | Next

  Mukasurat Kesembilan belas



 

Layer 18/31


Hanya sedikit sahaja kepanasan dan cahaya Matahari yang sampai ke Bumi, walaupun begitu hidupan di Bumi ini bergantung kepada tenaga cahaya Matahari yang di dapati. Tumbuh-tumbuhan perlu membesar. Sesetengah binatang akan memakan tumbuh-tumbuhan itu. Malah, sesetengah yang lain memakan binatang yang memakan tumbuhan-tumbuhan tadi. Hidupan di muka bumi ini adalah mustahil jika tidak mendapat tenaga yang dibekalkan daripada Matahari.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh



 

Layer 19/31


Ahli-ahli Kaji Bintang melabelkan suhu setiap bintang melalui warna bintang itu sendiri. Seperti yang kita semua sedia maklum, sesuatu benda itu akan berubah warnanya mengikut kepanasan.

Sebatang besi itu mungkin berwarna hitam pada awalnya. Panaskannya dan besi akan berubah warna kepada merah panas. Tinggikan lagi suhunya, dan besi tadi akan berubah warnanya kepada putih panas.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh satu



 

Layer 20/31


Warna sesuatu bintang memberikan gambaran suhu permukaannya. Bintang berwarna merah adalah yang paling sejuk dalam kiraan 5,000 darjah Fahrenheit.

Bintang yang berwarna biru-keputihan pula adalah yang terpanas. Bintang ini boleh menjangkau 50,000 darjah Fahrenheit. Matahari pula, adalah berwarna kuning, suhunya dalam lingkungan 10,000 darjah Fahrenheit.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh dua



 

Layer 21/31


Setiap benda itu mempunyai jangka hayat nya masing-masing. Begitu jugalah dengan bintang-bintang dan juga Matahari yang menerangi kita.

Kebanyakan manusia biasanya beranggapan bahawa Matahari itu adalah seperti sekeping kayu api yang terbakar. Dan mereka menjangkakannya untuk terus membakar seketika dan kemudian apinya akan padam.

Hari ini, ahli Saintis lebih memahami hakikat yang sebenarnya. Mereka tahu bahawa pergabungan nuklear yang berlaku pada Matahari lah yang membuatkan Matahari terus bersinar selama hampir 5 bilion tahun ini.

Ahli bijak pandai merasakan ianya akan mengambil masa lebih kurang 5 bilion tahun lagi untuk Matahari menghabiskan gas hidrogennya dan padam.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh tiga



 

Layer 22/31


Ukuran Matahari pada waktu ini adalah seluas 865,000 batu berdiameter. Keluasan ini adalah 100 kali ganda keluasan Bumi. Keluasan Matahari ini adalah sangat luas, hinggakan 1 juta biji planet Bumi ini dapat dimuatkan ke dalamnya!

Tetapi Matahari tidaklah sebiji bintang yang terbesar. Ianya hanyalah sebiji bintang yang sederhana besar sahaja. Bintang terbesar adalah 1,000 kali ganda saiz Matahari. Bintang terkecil pula adalah lebih kecil daripada Bumi.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh empat



 

Layer 23/31


Oleh kerana setiap bintang yang kita lihat adalah sangat jauh jaraknya, maka bintang-bintang ini kelihatan sangat kecil berbanding Matahari.

Proxima Centauri adalah bintang yang paling dekat dengan bintang Matahari, iaitu 25 trilion batu (40 trilion km) jauhnya. Cahaya dari Proxima Centauri mengambil masa lebih dari 4 tahun lamanya untuk sampai ke Bumi.

Jika dilihat pada langit malam, anda akan dapat melihat cahaya yang ditinggalkan oleh bintang itu 4 tahun yang dahulu. Cuba bayangkan anda mempunyai sepasang kasut ajaib yang dapat sampai ke Matahari dalam satu loncatan. Untuk sampai ke Proxima Centauri, anda harus meloncat sebanyak 300,000 loncatan lagi. Begitu jugalah jika ingin ke bintang-bintang yang lain memerlukan berpuluh-puluh ribu loncatan lagi.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh lima



 

Layer 24/31


Matahari tidak terbit dan tenggelam. Matahari akan senantiasa bersinar. Ia hanya kelihatan begitu kerana Bumi yang kita diami ini berputar setiap masa.

Apabila kawasan di Bumi yang kita diami berputar ke arah Matahari, kelihatan seperti Matahari seakan-akan mahu terbit. Apabila kawasan di Bumi yang kita diami berputar meninggalkan Matahari, kelihatan seperti Matahari seakan-akan mahu terbenam.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh enam



 

Layer 25/31


Setiap butir bintang itu adalah terhimpun kepada satu-satu kumpulan bintang yang besar yang digelarkan Cakerawala.

Setiap Sistem Suria ini mempunyai antara berbilion-bilion dan bertrilion-trilion bintang-bintang; dan terdapat pula antara 50 bilion Cakerawala di dalam alam semesta ini.

Matahari kita adalah sebahagian daripada Cakerawala yang dinamakan Bima Sakti (Milky Way). Ahli-ahli Kaji Bintang mengatakan bahawa Bima Sakti ini mengandungi 100 bilion bintang-bintang.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh tujuh



 

Layer 26/31


Apabila kita melihat di langit malam yang cerah, kita akan nampak sebahagian daripada Bima Sakti yang kelihatan seperti cahaya putih yang agak kabur merentasi angkasa.

Orang-orang dahulukala melihat fenomena ini sebagai gambaran seperti susu yang tertumpah. Daripada kejadian itu, mereka menamakan Cakerawala ini sebagai Milky Way (Bima Sakti)

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh lapan



 

Layer 27/31


Saiz Bima Sakti adalah terlalu besar dan tidak dapat dikira secara logiknya dengan ukuran batu atau kilometer. Walaubagaimanapun, Ahli-ahli Kaji Bintang telah menggunakan satu kaedah untuk mengukurnya, iaitu dengan menggunakan kiraan Tahun Cahaya.Tahun Cahaya adalah kiraan jarak menggunakan kelajuan cahaya yang bergerak sejauh 186,000 batu sesaat, yang merentasi angkasa selama satu tahun. Satu Tahun Cahaya adalah lebih kurang 6 trilion batu.

Jarak ukur lilit Bima Sakti adalah lebih kurang 100,000 Tahun Cahaya.

Sistem Suria kita adalah berbentuk seperti sebuah roda gergasi yang berlengan dengan lengkungan semi-sfera yang sangat besar di tengah-tengah. Matahari yang berada di dalam salah satu lengan Cakerawala kita adalah adalah sejauh 33,000 Tahun Cahaya daripada pusat. Matahari dan kesemua bintang yang lain bergerak mengelilingi pusat Cakerawala ini sebagaimana planet-planet mengelilingi Matahari.

Back | Next

  Mukasurat Kedua puluh sembilan



 

Layer 28/31


Matahari bergerak pada kelajuan 156 batu (250 km) sesaat. Dengan kelajuan ini, ia mengambil 250 juta tahun untuk Matahari membuat satu putaran lengkap pada Cakerawala Bima Sakti.

Back | Next

  Mukasurat Ketiga puluh



 

Layer 29/31


Kita dapat melihat cakerawala lain tanpa menggunakan Teleskop. Setiap satunya kelihatan seperti kumpulan cahaya yang kabur pada langit malam.

Daripada Hemisfera Utara, kita dapat melihat Cakerawala Andromeda. Jauhnya Cakerawala ini adalah 2,200,000 Tahun Cahaya.

Andromeda adalah lebih besar daripada Bima Sakti

Back | Next

  Mukasurat Ketiga puluh satu



 

Layer 30/31


Daripada Hemisfera Selatan pula, kita akan dapat melihat 2 lagi Cakerawala yang digelar Awan Magellanic Kecil (Small Magellanic Clouds) dan Awan Magellanic Besar (Large Magellanic Clouds).

Jarak kedua-duanya adalah 160,000 dan 180,000 Tahun Cahaya dari Bumi

Back | Next

  Mukasurat Ketiga puluh dua



 

Layer 31/31


Ahli-ahli Saintis percaya bahawa Cakerawala yang paling jauh mengambil masa selama 13 bilion Tahun Cahaya untuk sampai ke sana, iaitu jaraknya 80,000,000,000,000,000,000,000 batu!

Sesetengah daripada mereka mengatakan bahawa Awan-awan ini ianya adalah tempat di mana alam semesta itu tiba ke penghabisan luasnya angkasa.

Sesetengah yang lain pula mengatakan bahawa alam semesta ini tidak ada had dan tidak kunjung habis.

Back | Rujukan

  Mukasurat Ketiga puluh tiga




Rujukan dari Buku :

  • DO STARS HAVE POINTS? - By Melvin and Gilda Berger, Scholastic Reference

    Rujukan dari Internet :

  • http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/archivepix.html
  • http://seds.lpl.arizona.edu/nineplanets/nineplanets.html
  • http://galaxies.com/map.htm
  • http://oposite.stsci.edu/pubinfo/BestOfHST95.html
  • http://www.the-solar-system.net/
  • Back To First Page | Back | Kuiz Soal Jawab

      Mukasurat Ketiga puluh empat



    1 Apakah yang kita faham mengenai Bintang?
    2 Berapa banyak Bintang kah yang dapat kita lihat pada malam hari?
    3 Bintang apakah yang paling terang yang dapat dilihat pada waktu malam?
    4 Dari mana asalnya Bintang-bintang yang bertaburan di angkasa?
    5 Benarkah kemungkinan Bintang-bintang yang telah tua pasti akan mati?
    6 Apakah nama Bintang yang paling dekat dengan Bumi?
    7 Berapa panaskah Matahari?
    8 Adakah kemungkinan Matahari akan berhenti bersinar satu hari nanti?
    9 Manakah yang lebih besar, Matahari atau Bumi?
    10 Kenapakah Bintang� yang lain kelihatan sangat kecil berbanding dengan Matahari?
    11 Adakah benar, Bintang yang paling bercahaya bergantung pada saiz nya yang besar?
    12 Dimanakah Bintang-bintang di waktu pagi?
    13 Kenapa Matahari tenggelam dan timbul?
    14 Berapa besarkah Bima Sakti?
    15 Adakah Matahari berdekatan dengan pusat Cakerawala yang kita diami?
    16 Boleh kah kita melihat Cakerawala lain selain daripada Cakerawala kita Sendiri?
    17 Berapa jauhkah Cakerawala yang paling hujung dapat kita lihat?


    Back To First Page | Back


    34 + 17 pop-up jawapan = 52 mukasurat

    Some People Came Into Our Lives And Quickly Go Away,
    Some Stay For A While And Leave Footprints Into Our Hearts,
    And We Will Never Be The Same

    Hosted by www.Geocities.ws

    1