BACK
FORWARD DARI
NURUL
From: "ixoxo 3"
[email protected]
Azab koma di Tanah
Suci
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan
membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji
dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman
menarik
dan pelik. bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada
satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.
Ianya berlaku
kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa
saya menguruskan satu
rombongan
haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di
Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap
untuk menghabiskan cuti
semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak.
Keluarga saya memang semuanya di
Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek
saya di Perak. Walaupun
masih muda,
saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak
sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi,ketibaan wanita
tersebut dan rombongan haji di
lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah
bas. Semuanya nampak
riang sebab
itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan
dari situ, kami menuju
ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai
di Madinah.
Setiba di Madinah, semua orang turun dari bas
berkenaan. turunlah mereka
seorang
demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi
tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya
mencecahkan bumi Madinah,
tiba-tiba
wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus
jemaah itu, saya pun
bergegas menuju
ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada
jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar
menjadi cemas. Semua
jemaah nampak
panik dengan apa yang sedang berlaku. "badan dia panas dan
menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
saya...kita bawa dia
ke hospital,"
kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita
tersebut dan membawanya ke
hospital
Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah
yang lain dihantar ke tempat penginapan
masing-masing.
Sampai di hospital
Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk
memulihkannya, namun
semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah
perlu saya teruskan. Saya
terpaksa
meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya
menghubungi hospital
Madinah untuk
mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya
diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga
tidak sedarkan diri. Saya makin
cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya
berhadapan dengan
situasi seperti
itu.
Memandangkan usaha untuk
memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapat
kan rawatan lanjut
sebab pada masa
itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital Madinah. namun usaha untuk
memulihkannya masih tidak
berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak
pula ke Mekah untuk
mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di hospital King Abdul Aziz,
saya diberitahu oleh
doktor bahawa
wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat
keadaannya itu, saya
ambil keputusan
untuk menunggunya di hospital. selepas dua hari menunggu,
akhirnya wanita itu membuka mata nya. Dari sudut
matanya yang terbuka
sedikit itu,
dia memandang ke arah saya.
Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya,wanita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab
saya
ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut,
"kenapa kakak menangis? "Mazlan
...kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan
buat lagi
benda-benda yang tak baik.
kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?"
tanya saya masih
terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara,
menceritakan kepada
saya mengapa dia
berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil
iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah
tangga, kahwin dengan lelaki
orang
putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma Islam pada nama dan
keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat.
Kakak tak sembahyang,
tak puasa,
semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak
penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak
terajang, kakak
pukul-pukul saja,"
katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak
tengok orang lain pergi
haji, kakak
pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang kakak
menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang
kakak alami semasa
sakit?" tanya
saya lagi.
Dengan suara
tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu
Maha besar, Maha agung, Maha kaya. semasa koma itu,
kakak telah diazab
dengan seksaan
yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan.
Semasa koma itu kakak
telah
ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak.
Balasan azab lan, bukan balasan syurga.
Kakak rasa seperti diazab di
neraka.
"Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai
tudung. Sebagai balasan, rambut
kakak di tarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh
nak kakak ceritakan
macam mana
pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada
Allah.
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan
disepit dengan penyepit
yang dibuat
drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke
dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar,
panasnya bukan main.
Kakak menjerit,
menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu
dan kakak ambil buah dada tu balik." Tanpa
mempedulikan pesakit lain dan
jururawat,kakat tersebut itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, beberapa hari dia diseksa,
tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak
diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
hukuman. Sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan
azab yang amat pedih.
Dengan suara
tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak
diseksa. Bila rambut
kakak ditarik
dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit
kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa
seperti menggelegak.
Azab itu cukup
pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak
diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung,
menangis teresak- esak. nyata
dia
betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil
mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan...Kakak ni nama saja
Islam,
tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang
diharamkan Allah,semasa tidak
sedarkan diri itu kakak telah diberi makan
buah-buahan yang berduri tajam.
Tak
ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan
buah-buah itu sebab kakak betul-betul
lapar. "Bila ditelan saja buah-buah
itu,
duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
menikam pula perut kakak. Sedangkan jari
yang tercucuk jarum pun terasa
sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk
kerongkong dan perut kita.
"Habis
saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara
api. Bila kakak masukkan saja bara api itu
ke dalam mulut seluruh badan
kakak
rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang
ada di dunia ini tidak akan
sama
dengan kepanasannya. "Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan pula dengan
minuman yang dibuat dari nanah.
Naunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab
kakak sangat dahaga.
Semua terpaksa
akak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak
alami sepanjang kakak hidup di dunia ini." Saya terus
mendengar cerita
wanita itu dengan
tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu,
kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak
nyawa sekali lagi,
berilah kakak
peluang untuk hidupsekali lagi.
Tak
berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa
kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
dahulu. Kakak berjanji tak akan
ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak
berjanji kalau kakak
dihidupkan
semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan
kakak dahulu, Kakak akan mengaji, akan sembahyang,
akan puasa yang selama
ini kakak
tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu.
benarlah, Allah itu maha agung
dan
maha berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.
Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan
yang akan kita terima, kalau
buruk
amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan
sendiri kebenaran Allah. "Ini
bukan
mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi
lagi kesilapan kakak
dahulu. kakak
bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar
berubah. Bila saya membawanya ke
Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal
ibadahnya tak
henti-henti.
Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
Maghrib, dia cuma akan balik ke bilik nya semula
selepas sembahyang Subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk
ni kenapa. Kakak kena jaga juga
kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang isyak tu kakak
baliklah, makan
nasi, berehat..."
tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah
kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak
lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di
dalam masjidil haram, dia
mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya
dahulu. Selain itu dia
berdoa, mohon
kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut
kerana ibadah dan
tekanan perasaan
yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan
hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. kakak takut...kakak dah merasai
pedihnya azab tuhan.
Mazlan tak
rasa, Mazlan tak tau. kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan
juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul
bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya,
katanya, "Mazlan, kalau ada
perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan
ingatkanlah pada mereka,
pakailah
tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
Kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak.
"Semasa diazab, kakak
tengok
undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita
Islam yang sengaja diperlihatkan kepada
orang lelaki yang bukan muhrimnya,
maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki
bukan muhrim tengok
sehelai rambut
kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya,
beribu-ribu. .. Kalau
seorang tengok
rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100
orang tengok?
Itu sehari, kalau
hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah...
"kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan
minta tolong dari
ustaz supaya ajar
suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak
nak ajak suami pergi haji.
Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama
saja. tapi itu semua
kesilapan
kakak. kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing
dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti
orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar
lagi apa-apa cerita tentang
wanita
tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
benar-benar solehah. Adakah dia berbohong
kepada saya tentang ceritanya
diazab
semasa koma?
Tidak. saya percaya dia
bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia
berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya
itu dengan azab yang
digambarkan
oleh Allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara
saintifik,
tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu
perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal
dunia, bila kita sudah
diazab
barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah
dan rasul katakan. aku menyesal"... itu dah
terlambat.
Assalamu'alaikum...
Pada suatu hari, Saiyidina Ali k.w. mencari
Baginda Rasul dan puas
dia pergi
ketempat-tempat yang boleh bertemu
Rasullullah s.a.w.
tetapi tidak diketemunya juga.
Akhirnya Saiyidina Ali teringat sebuah gua dimana
Rasullullah
s.a.w.sering
menyendiri...disana diberi salam dan
salamnya dijawab oleh Rasullullah s.a.w., lalu dijemput
masuk.Ditemui
akan Saiyidina Ali
k.w.
Rasulullah s.a.w. didalam keadaan
yang amat sedih.
Maka ditanya
Saiyidina Ali k.w., apakah punca yang
menyebabkan
Baginda begitu bersedih.
Baginda terlalu hiba untuk menjawab tetapi
mengisyaratkan Saiyidina Ali k.w. melihat dihujung gua itu,
dan agar
memberitahu Rasulullah apa yang
dilihatnya.
Saiyidina Ali pun berjalan kehujung gua,
dan
didapatinya seekor merak yang
tersangat cantik, bulunya berkilat-kilat
tetapi alangkah buruknya perangainya yang sedang asyik
memakan
bangkai.Saiyidina Ali
cepat-cepat
beredar mendapati Rasulullah
dan menceritakan apa yang
telah
dilihatnya. Sabda Rasullullah, "itulah yang amat
menyedihkan aku;
yang
engkau lihat tadi ialah umat ku diakhir zaman,
mereka hidup didalam serba kemewahan
berbanding dengan kita, rumah besar dan cantik,
mereka
mewah dengan pakaian dan harta
tetapi mereka ibarat merak yang suka
memakan bangkai...mereka menyeru kepada yang mungkar,
dan
melarang kebaikan,mereka hidup dengan
rezki yang haram,
sehingga yang baik dia
terima
sebagai buruk, dan yang buruk
dianggap baik. Begitulah
rendahnya iman
mereka.
Kemudian Baginda mengarahkan Saiyidina Ali k.w.
pergi
kehujung yang bertentangan pula.
Maka Saiyidina Ali k.w. pun beredar
kehujung gua sebelah sana, dan beliau mendapati seorang
abid yang
duduk dengan penuh
khusyu' beribadah dan tidak menghiraukan
sekelilingnya. Beliau
dengan segera
mendapatkan Rasulullah s.a.w. untk
bertanyakan maksud yang dilihatnya tadi. Sabda Rasulullah
s.a.w., " bukan
semua umat ku
diakhir
zaman hidup dengan mewah dan
melupakan Allah; ada juga
yang
menghabiskan usianya semata-mata dengan beribadah
kepada Allah, seolah-olah menghendaki syurga itu hanya
menjadi
miliknya sahaja. Ia tidak
menyampaikan seruan Islam kepada semua, walaupun
ia telah dikurniakan ilmu olih Allah.
"Sesungguhnya
orang-orang yang percaya kepada
keterangan
Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat
itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan
dan
mereka tidak menyombongkan diri.
Mereka meninggalkan tempat
tidurnya
menyeru Tuhannya dengan perasaan yang penuh
kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan
(dijalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada
mereka."
(As-Sajdah ayat
15-16.)
Suatu hari Rasulullah telah ditanya ttg
kedudukan kita di akhirat nanti.Mendengar soalan
itu,Rasulullah menangis dan basah pakaiannya
dengan air mata,lalu
menjawab bahawa umat
Muhammmad akan digiring,dikumpulkan
berbaris2 menjadi
12 barisan,masing2 dgn
pembawaan sendiri.
BARISAN 1:
Digiring
dari kubur dgn tidak berkaki dan
bertgn.Ini krn sewaktu hidupnya mrk
MENYAKITI HATI JIRANNYA,
tempat mrk adalah di neraka.
BARISAN KE
2:
Digiring dari kubur
berbentuk babi hutan.Ini
krn mereka
MERINGAN2KAN SOLAT.
BARISAN KE
3:
Mrk berbentuk
keldai,sdgkan perut mrk penuh dgn
ular dan
kala jengking. Ini krn mrk
ENGGAN
MEMBERI ZAKAT.
BARISAN KE
4:
Digiring dari kubur
dgn keadaan darah spt air
pancutan keluar
dari mulut mrk.Ini krn mrk
BERDUSTA
DALAM JUAL BELI.
BARISAN KE
5:
Digiring dari kubur
dgn bau lebih busuk drp
bangkai.Ketika itu
Allah menurunkan angin sehingga bau busuk
itu mengganggu ketenteraman di Dpg.Mahsyar.Ini krn
mrk
MENYEMBUNYIKAN
PERLAKUAN DERHAKA TAKUT
DIKETAHUI
OLEH MANUSIA LAIN TETAPI TIDAK TAKUT KPD ALLAH.
BARISAN KE
6:
Digiring dari kubur
dalam keadaan kepala mrk
terputus dari
badan.Mrk adalah
ORANG YANG MENJADI
SAKSI PALSU.
BARISAN KE
7:
Digiring dari kubur
dgn kepala mrk terputus
dari badan.Mrk
adalah
ORANG YG. ENGGAN MEMBERI
KESAKSIAN DI
ATAS
KEBENARAN.
BARISAN KE
8:
Digiring dari kubur
dalam keadaan terbalik dgn
kepala ke bawah
dan kaki ke atas.Mrk adalah
ORANG YG.
BERBUAT ZINA.
BARISAN KE
9:
Digiring dari kubur
dgn berwajah hitam gelap
dan bermata biru
sementara dalam perut mrk penuh dgn api
bergemuruh.Mrk ini
adalah
ORANG YG. MAKAN HARTA
ANAK YATIM DGN CARA YG. TIDAK
SEBENARNYA.
BARISAN KE
10:
Digiring dari kubur
dalam keadaan tubuh mrk
penuh dgn penyakit
sopak dan kusta.Ini krn mrk
DERHAKA KPD
ORANG TUANYA.
BARISAN KE
11:
Digiring dari kubur
dalam keadaan buta mata
kepala,gigi mrk
memanjang spt tanduk lembu jantan,bibir mrk
melebar sampai ke dada dan lidah mrk terjulur
memanjang
sampai ke perut mrk dan keluar
beraneka kotoran.Ini
krn mrk MEMINUM
ARAK.
BARISAN KE
12:
Mereka di giringn dari
kubur dalam keadaan
wajah bersinar2
laksana bulan purnama.Mereka melalui titian
SIRAT spt kilat.Mrk
inilah
ORANG
YG. BERAMAL SOLEH DAN
BYK BERBUAT BAIK.MRK MENJAUHI PERBUATAN
DERHAKA,MEMELIHARA
SOLAT LIMA WAKTU,KETIKA MENINGGAL DUNIA KEADAAN MRK
SUDAH
BERTAUBAT.BALASAN MRK ADALAH
SYURGA,MENDAPAT
KASIH SAYANG DAN KEAMPUNAN ALLAH TAALA DAN
KEREDHAAN-NYA
YANG MAHA PENGASIH.
TIDAKKAH KITA MAHU MENJADI
UMMAT YANG BERADA DI
BARISAN
KEDUABELAS
ITU..??
Tafsir Al-Quran
Pilihan:
Sesungguhnya
orang-orang yang kafir kepada
ayat-ayat
Kami, kelak kan Kami masukkan mereka ke dalam
neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti
kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya
mereka merasakan
azab. Sesungguhnya Allah
Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
(An-Nisa
:56)
Tafsir Al-Quran
Pilihan:
Mengapa kamu
kafir kepada Allah, padahal kamu
tadinya
mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kamu dimatikan dan
dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu
di
kembalikan?
(Al-Anfal :28)
Dia-lah Allah, yang
menjadikan segala yang
ada di bumi untuk
kamu
dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu
dijadikan-Nya tujuh
langit! Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al-Baqarah :29)
Tidak ada
paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);
sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang
salah. Karena itu barangsiapa
yang ingkar kepada
Taghut dan beriman kepada
Allah, maka
sesunguhnya ia telah berpegang kepada buhul
tali yang amat kuat yang tidak akan putus.
Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah :256)
'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang
fikiran hanya
dengan ilmu dunia,
Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan
bukan
untuk negeri abadi.'
**zikraa**
"cabaran dalam perjuangan adalah kemanisan dalam
pengabdian kepada Allah"
CINTA
ABADI
Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan
hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut
dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah
hati,
bukannya fizikal dan ia disatukan
oleh tali Allah dan
bukannya oleh nafsu
dan kepentingan diri.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk
bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan
dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa,
tetapi
kuasa itu memerlukan peraturan dan
kawalan.
Sebagaimana jasad memerlukan
makanan, begitulah
jua halnya dengan jiwa
yang memerlukan cinta. Allah
menciptakan
naluri tersebut kerana ingin
menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan
jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak
yang
meruntuhkan erti kemanusiaan itu
sendiri. Bukannya
menyelamatkan tetapi
merosakkan. Hukum cinta perlu
dipatuhi
agar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah
sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong
yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai
Allah.
Cinta itu
haruslah dibina atas dasar cinta
kepada
Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan
kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi
kehendak
kecintaan kita kepada yang lain.
Kedua, jangan
sekali-kali melanggar
batasan syariat Allah seperti
dating yang
tidak mengikut lunas Islam, perbualan
telefon maraton yang tidak berfaedah dan surat
cinta.
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia
tumbuh atas dasar tapak
yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama,
akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang
baik.
Dorongan dan rangsangan yang
menyuburkan cinta ini
tidak memerlukan
kata-kata luahan yang indah. Namun,
body
language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya
cinta ini.
Kebiasaannya,
cinta suci seperti ini pasti
akan membawa
ke gerbang perkahwinan untuk bercinta
lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan
Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang
soleh
dan isteri yang solehah akan
bercinta lagi di akhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar2 hanya
kerana Allah, dia akan
lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah
pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada
Allah.
Sebaliknya, jikalau hubungannya
dengan Allah semakin
renggang dan
mengarahkan dirinya melakukan
perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu
ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut
nafsu akan
mudah diganggu oleh syaitan.
Maka akan berlakulah zina
hati dan mata.
Jika demikianlah keadaannya, bagaimana
akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini
sifatnya
jikalau dia mengaku yang cintanya
itu dibina atas
dasar cinta kepada Allah
jelaslah yang dia telah
menipu dirinya
sendiri. Mustahil boleh bersatu dua
unsur
yang berlainan dalam satu masa sebagaimana
sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
Semangat itu perlu untuk menghidupkan
perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi
bukankah kita masih mempunyai Allah?
Bergantung
sepenuhnya kepada Allah itulah
sebaik-baik pilihan.
Tidak ada usaha yang
luar biasa dilakukan oleh
pejuang-pejuang
agama Allah untuk menegakkan
kebenaran.
Mereka hanya menundukkan nafsu dan
menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah
memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang
silih
berganti. Namun, syurga dan segala
nikmatnya telah
dijanjikan oleh Allah buat
hamba-hambaNya yang
bersabar.
(Dipetik daripada cerpen
:Pertemuan bukan milik
kita, Majalah
Akhawat (Vol.2)
Kehidupan bukan semuanya syurga.
Kehidupan ada gerak gempurnya juga.
Tetapi neraka-neraka kecil yang datang sekali itulah
yang memberi
erti apa sebenarnya kehidupan. (A.Samad
Said)
AZAN
Lidah kelu di Saat
kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita
amati.... mengapa
kebanyakan orang
yang nazak (hampir ajal
tidak dapat
berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya
ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apapun
semasa azan berkumandang. Sebagai
orang
Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan
diri....
mengapa azan kita tidak
boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan
kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut
dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita
tidak dapat mengucapkan kalimah
lailahaillallah... yang mana sesiapa yg
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...
Allah menjanjikan
syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati
azan,... dan mohon kepada
Allah supaya
lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.
"Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami
dengan kematian yang
baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri
kami......
amin..
amin.. amin Yarobbal
a'lamien.."
WASIAT NABI
JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A
Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1)Tidak terpaut hatinya pada harta benda
dunia
2)Tidak terpesona dengan pujuk rayu
wanita
3)Benci terhadap perbualan dan
perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1)Jujur dalam berkata-kata
2)Menjauhi segala yang haram
3)Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3
tanda-tandanya
1)Takut berlaku dusta dan keji
2)Menjauhi kejahatan
3)Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3
tanda-tandanya
1)Merahsiakan ibadahnya
2)Merahsiakan sedekahnya
3)Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1)Mengawasi dirinya
2)Menghisab dirinya
3)Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
"cabaran dalam perjuangan adalah kemanisan dalam
pengabdian kepada Allah"
Untuk
Renungan.....
Makin lama hidup sepatutnya makin banyak dan
makin
meningkat amalannya.Kalau mula-mula
tak pernah solat,
sekarang ni semakin
rajin mencecah dahi ke sejadah.
Sembahyang
ni pulak boleh digolongkan kepada 7
peringkat. Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah
Allah terima, 1 terpulang pada Allah terima
atau
tidak. Dan yang baki 3 lagi ... Allah
rejects habis,
alangkah sia-sianya ...
buat penat saja. Tetapi ada
sesiapa yang
terdetik tak nak sembahyang langsung?
Padah tak sembahyang lagi besar,kekal abadi dalam
neraka. Anyway mari kita sama-sama study 7
peringkat
sembahyang ini.
1. Sembahyang orang jahil
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak
ingat,
rukun dengan sunat masih confuse.
Dah tu tak berusaha pulak nak
belajar.
Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.
Hakikatnya: dia ni macam tak sembahyang. Amalannya
tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling
depan ataupun baca surah
yang
panjang-panjang.
2. Sembahyang orang lalai
Fardhu ain dah clear, tapi bila start saja angkat
takbir, 'xpdc' otakpun bermula. Sekejap
teringat,
sekejap melayang-layang,
sampaikan barang yang hilang
pun boleh
terjumpa balik dalam sembahyang. Punyalah
banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba-tibasaja
dah
toleh kanan, toleh kiri ...
selesai.Hakikatnya:
fizikalnya sembahyang
tetapi akal dan hatinya
tidak.Allah
hadiahkan neraka Wail untuk orang yang
lalai dalam sembahyangnya.
3. Sembahyang bukan kerana Allah .
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita
sembahyang,
tapi ada pulak orang
sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati
bakal mak ayah mertua atau segan dengan
member-member
dan sebab-sebab
lain.Hakikatnya: Allah tolak
sembahyang
yang bukan didirikan keranaNya,
kecuali
bila dah bertaubat dan menyesal
sungguh-sungguh.
4. Sembahyang orang mujahadah
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena
sentiasa
ingat Allah. Jadi dia
paksa-paksakan hati untuk hadir
dalam
sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain,
cepat-cepat disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk
sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang
tapi
batinnya jenuh berperang dengan
syaitan dan nafsu.
Hakikatnya: terpulang
pada Allah nak ampun atau nak
azab. Orang
kategori ini kena banyak istighfar dan
perbaiki lagi ibadahnya.
5. Sembahyang orang soleh
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya,
fikirannya cubadiseiringkan dengan apa yang
disebut
oleh lidahnya. Fikirannya tak
melayang tapi nikmat
sembahyang tidak
terasa olehnya.
Hakikatnya: inilah
sembahyang minimum yang perlu
diusahakan
supayaselamat di sisi Allah dan ia juga
dapat mencegah diri daripada melakukan
perbuatankeji dan mungkar.
6. Sembahyang para wali
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan.
Waktu ruku' dan sujud
benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan
Tuhan. Bila berdoa,rasa diri benar-benar lemah
dan
mengharap. Sembahyang dapat dihayati
dan dinikmati
rasanya. Hakikatnya: bukan
saja dijamin selamat,
nikmat sembahyang
yang tidak terucap juga dapat
dirasai.
7. Sembahyang para nabi dan rasul
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam
dalam
keagungan Allah......takdapat
digambarkan indah dan
nikmatnya.......
Jadi, tingkat mana solat kita?
Wallahua'lam
Wailalliqaq
Moga ada manafaat.
Ingat mengigati antara satu sama lain adalah lebih
mulia daripada dok mengata belakang.
BACK