KATA KATA ALUAN
PRESIDEN PKMS
HAJI  BORHAN BIN ARIFFIN
KEPADA AHLI - AHLI YANG DIINGATINYA SELALU
PKMS sepertimana yang telah saya ucapkan semasa di perwakilan yang lepas untuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura kekal relevan dan mampu mempertingkatkan prestasi dan imejnya , ianya harus bersama dengan kecekapan dan keteguhan administrasinya melalui Sekretariat PKMS . Keteguhan dan kekuatan Majlis Tertingginya sama sama bersatu mendokong pucuk pimpinan akan mengukuhkan lagi misi dan visi bagi mencapai matlamatnya untuk kejayaan .

Ahli ahli PKMS juga boleh memainkan peranan dengan memberi sokongan kepada Majlis Tertinggi dan menyumbangkan tenaga mahupun idea mereka dengan menyertai Jabatan Jabatan PKMS mahupun program program yang dikendalikan oleh PKMS . Ahli ahli PKMS adalah asset Pertubuhan di mana tanpa ahli tidak akan wujudnya Pertubuhan . Sokongan dan kerjasama ahli kepada Majlis Tertinggi akan menguntungkan masyarakat Melayu Islam di Singapura . Semoga ahli ahli PKMS dapat memahami tindak tanduk yang dilaksanakan dan rancangan rancangan pada masa akan datang adalah demi untuk kepentingan parti .

PKMS telah melangkah ke hadapan dengan terbentuknya Lelaman Ciber PKMS . Ianya amatlah perlu untuk mengenalkan PKMS kepada masyarakat Melayu Islam mahupun bukan Islam di Singapura dan juga seluruh dunia . Lelaman Ciber PKMS yang menjadi wadah informasi mengenai PKMS boleh dimanfaatkan oleh ahli ahli dan masyarakat umumnya . Keterangan keterangan dan juga informasi informasi yang tertera di Lelaman akan dikekalkan dengan yang terkini . Justeru itu ahli ahli yang tidak berkesempatan ke PKMS bolehlah mengetahui apa yang Majlis Tertinggi lakukan melalui ciber ini . Ia juga memaparkan kenyataan kenyataan akhbar yang PKMS lampirkan ke pihak media tetapi dikeluarkan di akhbar bolehlah dapat dibaca oleh pengunjung . Utusan utusan PKMS yang diletakkan di dalam Lelaman Ciber juga boleh memberi keterangan kepada pengunjung yang tidak berkesempatan mendapatkan keratan akhbarnya . Pengunjung yang berminat untuk menjadi ahli juga melalui '' on line '' adalah satu penampilan yang baru bagi PKMS mendapatkan ahli ahli barunya .

PKMS masih lagi menekankan kecermelangan pendidikan anak anak Melayu sebagai perkara yang amat penting sekali bagi masyarakat Melayu meningkatkan prestasinya . Kejayaan anak ahli amatlah dibanggakan dan PKMS mengharap anak anak yang berjaya dalam pendidikannya dapat memberi sedikit sumbangan kepada PKMS . Bagi kesinambungan PKMS dengan penampilan wajah wajah baru yang berpendidikan tinggi malah PKMS mengharapkan karyawan karyawan dan professional professional dapat bersama dengan PKMS pada masa masa akan datang .   
Hosted by www.Geocities.ws

1