ASAS - ASAS DAN TUJUAN
Seruan PKMS ialah :-
MERDEKA
Cogan kata PKMS ialah :-
BERSATU     BERSETIA     BERKHIDMAT
Menentang sebarang rupa corak penjajahan  .
Memperjuangkan dan mempertahankan sehingga terlaksananya hak kedudukan keistimewaan orang - orang Melayu dalam Singapura yang diakui Anak Bumiputra Pulau Singapura sebagaimana tersebut di dalam Perlembangaan Singapura .
Memelihara dan menggalakkan perasaan muhibbah antara rakyat Singapura yang berbagai -  bagai keturunan bagi mewujudkan satu bangsa yang bersatu dan kuat .
Menjalankan apa jua ikhtiar dan langkah bagi kebajikan dan kemajuan ahli - ahli dan rakyat  Singapura amnya .
Menjalankan segala ikhtiar bagi mengembangkan Bahasa dan Kebudayaan Melayu .
Memelihara dan mempertahankan Agama Islam serta menjalankan segala ikhtiar bagi mengembangkan Agama Yang Maha Suci itu dengan tidak mengganggu hak lain - lain Agama.
Mengawal dan mempertahankan asas - asas pemerintahan demokrasi berparlimen .
PKMS MELANCARKAN LELAMAN CIBERNYA

SINGAPORE MALAY NATIONAL ORGANISATION
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA

URL:  http://www.geocities.com/pkms218
SEJARAH
Dengan kedatangan wakil British , Mac Michael ke Tanah Melayu ( Malaya ) yang memaksakan Duli - Duli yang Maha Mulia Sultan - Sultan menyerahkan negeri Melayu dan pusakanya kepada Mahkota British dengan gagasan Malayan Union nya.
Maka dengan sebulat suara bangkitlah rakyat Melayu membangkang penyerahan itu .
Pada 01hb March - 04hb March 1946 , berhimpunlah wakil - wakil seramai empat puluh
( 40 ) Pertubuhan Melayu seluruh tanah Melayu di satu perhimpunan Kongres Melayu dan tujuan - tujuannya . Singapura diwakili oleh Kesatuan Melayu Singapura .
Kemudian mereka berjumpa di Johor Bahru dan di situlah telah didirikan UMNO ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ) dan di situlah telah di serukan " Hidup Melayu " sampai di sahut oleh sekelian rakyat Jelata Melayu dan di sepamjang dan selebar - selebar Tanah Melayu .
UMNO Singapura telah didaftarkan pada 20hb Februari 1961 , sebelumnya ia merupakan salah sebuah cawangan UMNO Malaya Johor Bahru dan kemudiannya berkembang menjadi Umno Bahagian Singapura pada tahun 1954 .
Pada 31hb Ogos 1957 Malaya mendapat kemerdekaannya daripada British dan Parti Perikatan iaitu  UMNO - MCA - MIC menjadi Pemerintah Malaya .
Pada tahun 1955 hingga tahun 1959 Parti Perikatan tersebut juga telah membuahkan kejayaannya di Singapura di dalam pilihanraya - pilihanraya Majlis Perundangan dan Majlis Bandaran dengan memenangi kawasanundi - kawasanundi di Pulau - Pulau Selatan , Ulu Bedok , Tanglin , Telok Blangah, Geylang dan Kampong Kembangan .
Singapura mencapai pemerintahannya sendiri pada tahun 1959 .
Pada 16hb September 1963 Singapura mendapat kemerdekaan daripada British dengan cara bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali sebagai Malaysia.
UMNO Singapura memainkan peranan politik yang aktif di kalangan masyarakat Melayu di mana ia mendesak untuk kemajuan sosio - ekonomi orang - orang Melayu pada awal 1960an pada waktu Singapura masih sebahagian Malaysia .
Pada 09hb Ogos 1965 Singapura dipisahkan daripada Malaysia .
Sesudah perpisahan , UMNO Singapura terpaksa menyesuaikan kepada keadaan politik semasa negara Singapura yang Merdeka dan berbilang bangsa dan juga terpaksa memutuskan perhubungannya dengan UMNO Malaysia .
Pada 05hb Mei 1967 , UMNO Singapura menggunakan nama baru :-
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) atau SINGAPORE MALAY NATIONAL ORGANISATION ( SMNO )
Bangunan PKMS Yang Dipetik Pada Tahun 1980
Hosted by www.Geocities.ws

1