SIDANG PERWAKILAN DWI TAHUNAN PKMS
yang ke 16
yang berlangsung di Hotel Carlton pada
13hb Oktober 2002
sahaja iaitu untuk seramai 18 orang . Jawatan jawatan tinggi lainnya iaitu Jawatan Presiden , Timbalan Presiden , Naib Presiden I , Naib Presiden II , Ketua Pergerakan Wanita dan semuanya telah menang tanpa bertanding kerana hanya mempunyai seorang calon tunggal sahaja bagi setiap jawatan tersebut . Majlis diakhiri dengan doa penutup dan tamat pada jam 5.30 petang . Perwakilan Dwi Tahunan yang akan datang dijangkakan akan diadakan pada pertengahan atau akhir tahun 2004 .
Sidang Perwakilan Dwi Tahunan PKMS yang ke 16 telah diadakan di Hotel Grand Hyatt Singapore pada 13hb Oktober 2002 . Sekitar 100 orang telah hadir sewaktu Majlis Pembukaan pada jam 9.00 pagi yang terdiri daripada Parti Parti Politik gabungan di dalam SDA iaitu SPP , NSP dan SJP serta lainnya seperti
WP , SDP dan DPP . Beberapa orang wakil daripada Persatuan Melayu dan para wartawan tempatan juga hadir selain daripada Ahli Ahli PKMS sendiri berjumlah 76 orang yang mewakili 24 Cawangan daripada keseluruhan 33 Cawangan PKMS . Majlis berehat pada jam 10.15 pagi untuk jamuan ringan sebelum
diteruskan . Sidang Tertutup pada jam 10.45 pagi dan dipengerusikan oleh Pengerusi PKMS Haji Kamsan Moyong . Selepas berehat untuk jamuan makan tengahari dan Solat Zuhur , majlis diteruskan dengan pembahasan daripada para perwakilan untuk Ahli Majlis Tertinggi untuk Penggal ke 16 bagi tahun 2002 hingga 2004 . Pada Sidang Perwakilan kali ini hanya ada pertandingan bagi pemilihan Ahli Majlis Tertinggi 
Pengerusi PKMS Haji Kamsan Moyong sewaktu mempengerusikan Sidang Perwakilan Dwi Tahunan PKMS yang Ke 16 . Duduk di sebelah beliau ialah Presiden PKMS Haji Borhan Bin Ariffin dan Setiausaha Agung PKMS
Saudara  Muhammad Ali Aman .
Majlis Tertinggi PKMS yang Dipilih Bagi Penggal Ke 16 Tahun 2002 Hingga 2004 .
UTUSAN message
Hosted by www.Geocities.ws

1