PERTEMUAN SINGAPORE DEMOCRATIC ALLIANCE
( SDA )
dengan
BARISAN NASIONAL ( BN ) 
Di Kuala Lumpur Pada 06hb Januari 2003
Delegasi Singapore Democratic Alliance ( SDA ) yang dipimpin oleh Pengerusinya , Encik Chiam See Tong telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Setiausaha Agung Barisan Nasional ( BN ) Tan Sri Dato Mohamed Rahmat di Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur . Pertemuan selama 3 jam tersebut yang antara lain telah membincangkan cadangan SDA mengenai kerjasama di dalam bidang ekonomi yang dinamakan " Economic Union " di antara Singapura dengan Malaysia telah mendapat sambutan baik dan perbincangan susulan bagi perancangan tersebut akan diadakan kelak . Ini adalah pertemuan pertama SDA dengan BN sejak ditubuhkan pada tahun 2000 hasil gabungan 4 komponen parti politik iaitu Singapore People's Party ( SPP ) , National Solidarity Party ( NSP ) , Singapore Justice Party ( SJP ) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura
( PKMS ) . SDA berharap pertemuan sedemikian akan dapat terus diadakan dari masa ke semasa dan PKMS yang berperanan sebagai Setiausaha Agung SDA diserahkan tugas untuk memastikan hubungan tersebut agar tetap kukuh dan berkekalan .
UTUSAN message
Pertemuan di antara Singapore Democratic Alliance ( SDA ) dengan Barisan Nasional ( BN ) di
Kuala Lumpur .
Presiden PKMS Haji Borhan Ariffin menyampaikan cenderamata kepada Tan Sri Dato ' Mohamad Rahmat sewaktu mengadakan kunjungan muhibbah PKMS ke pejabat belau sempena Pertemuan Singapore Democratic Alliance ( SDA ) dengan Barisan Nasional ( BN ) di Ibu Pejabat BN di PWTC Kuala Lumpur pada 06hb Januari 2003 .
Hosted by www.Geocities.ws

1