Pertemuan Delegasi Khas PKMS
dengan 
Setiausaha Agung UMNO Di Kuala Lumpur
Pada 07hb April 2003
Delegasi Khas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) seramai 04 orang yang terdiri daripada Setiausaha Agung PKMS Muhamad Ali Aman , Ketua Pergerakan Pemuda Saudara Ismail Yaacob , Naib Ketua Pergerakan Pemuda Saudara Azhar Bin Ali dan Ketua Pendidikan PKMS Haji Atan Bin Rafiee telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Khalil Yaacob di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur pada
07hb April 2003 . Majlis bermula dengan perbincangan singkat dengan Setiausaha Kerja Encik Zulkifli di bilik mesyuarat UMNO di tingkat 38 dan kemudiannya diikuti dengan pertemuan dan makan tengahari dengan Tan Sri Khalil Yaacob di tingkat bawah .
Semasa hendak memulakan perbincangan setelah makan tengahari , delegasi PKMS sempat juga bertemu dengan Timbalan Presiden UMNO
Dato ' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kebetulan berada di tempat yang sama ketika akan bertemu dengan rombongan UMNO Kedah . Perbincangan delegasi PKMS dengan Setiausaha Agung UMNO
Tan Sri Khalil Yaacob yang meliputi isu isu semasa terutamanya mengenai ekonomi dan pendidikan telah menghasilkan idea idea dan informasi yang positif di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada di antara
PKMS dengan UMNO .
Delegasi khas PKMS seramai 4 orang yang diketuai oleh Setiausaha Agung PKMS Saudara Muhammad Ali Aman sempat bertemu dengan Timbalan Presiden UMNO Dato ' Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu mengadakan pertemuan rasmi dengan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Khalil Yacob di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur .
UTUSAN message
Hosted by www.Geocities.ws

1