ISU TUDUNG
'' Setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan melaksanakan ajaran ugamanya serta menyebarkannya '' .
Fasal 15 ( 1 )

'' Pemerintah akan melaksanakan tugasnya sedemikian rupa dengan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu , yang mereka ini adalah Bumiputra Singapura , dan berikutnya ia menjadi tanggungjawab Pemerintah untuk melindungi , memelihara  , membantu , menyemai dan meningkatkan politik mereka , pelajaran , ugama , ekonomi , sosial , kepentingan Budaya dan Bahasa
Melayu '' .

Fasal 152 ( 2 )
Memakai tudung adalah merupakan salah satu ibadah yang diwajibkan kepada perempuan perempuan Islam apabila telah baligh . Oleh itu ianya telah dianjurkan agar mendidik mereka untuk berbuat demikian sejak dari umur tujuh tahun . Pemakaian tudung oleh pelajar pelajar perempuan Mlelayu / Islam tidak patut dilarang
memandangkan ianya merupakan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Singapura Fasal 15 ( 1 ) dan menggantung mereka daripada sekolah pula merupakan tindakkan yang melanggar peruntukan Perlembagaan Singapura itu sendiri . Orang orang Melayu dan Ugama Islam telah lama wujud di Singapura dan telah turut menyumbang serta memainkan peranan di dalam pembangunan dan kemakmuran Singapura sejak kurun Masihi ke 14 lagi .

Pemerintah Inggeris yang memerintah Singapura daripada tahun 1819 hingga 1963 juga telah mengiktiraf kewujudan dan sumbangan Masyarakat Melayu / Islam di Singapura dan ini dapat dilihat dengan adanya Fasal 152 ( 2 ) dan Fasal 153 di dalam perlembagaan Singapura . Bersandarkan dengan peruntukan undang undang Perlembagaan Singapura yang sedia ada inilah yang membuat PKMS untuk meminta Pemerintah agar menarik balik dengan segera larangan memakai tudung yang dikenakan kepada pelajar pelajar perempuan Melayu / Islam yang ingin memakai tudung ke sekolah .

PKMS juga turut mendesak Pemerintah agar membatalkan hukuman penggantung sekolah yang dikenakan ke atas kesemua pelajar pelajar yang terlibat . Malangnya sejauh ini Pemerintah tidak menunjukkan minat untuk berunding bagi menyelesaikan isu ini .

Isu tudung merupakan salah satu polisi Pemerintah PAP yang bertentangan dengan peruntukan undang undang Perlembagaan Singapura yang merupakan polisi Pemerintah yang telah merugikan rakyat Singapura sendiri . Setiap rakyat Singapura mestilah menanam sikap tanggungjawab terhadap diri mereka , ugama , keluarga , masyarakat dan negara serta hendaklah berusaha menegakkan kebenaran dan membetulkan perkara perkara yang salah seperti isu tudung ini .

Usaha usaha bersepadu dengan sokongan orang ramai khususnya Masyarakat Melayu / Islam mestilah dijalankan tanpa berputus asa agar isu tudung ini dapat diselesaikan dengan sebaik baiknya .
Pelajar Darjah 5 dari Sekolah Rendah Eunos , Nurashikin diiringi oleh bapanya , Encik Azhar Bin Ali , dan ibu
Cik Kintan sewaktu beredar daripada sekolah setelah pelajar tersebut diarahkan pulang oleh Pengetua sekolah kerana menghadiri sesi sekolah dengan memakai tudung pada awal Januari 2003 .
Hak Kebebasan Menjalankan Ajaran Islam Bagi Pelajar Pelajar Perempuan
Melayu / Islam Yang Ingin Memakai Tudung Ke Sekolah Mesti Diperjuangkan Sesuai Dengan Peruntukkan Undang Undang Perlembagaan Singapura .
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura
( PKMS ) sekali lagi membantah tindakan Pemerintah PAP menggantung seorang lagi pelajar perempuan Melayu / Islam darjah lima daripada Sekolah Rendah Eunos apabila pelajar tersebut menghadiri sesi sekolah dengan memakai tudung pada awal tahun 2003 .

PKMS turut membuat bantahan serupa pada awal tahun 2002 yang lalu apabila Pemerintah tidak membenarkan empat pelajar perempuan
Melayu / Islam darjah satu daripada menghadiri sesi sekolah dengan memakai tudung . Kesemua pelajar tersebut akhirnya digantung sekolah pada sekitar bulan Mac 2002 .

PKMS berpandangan bahawa langkah Pemerintah melarang pelajar pelajar perempuan Melayu / Islam daripada memakai tudung dan selanjutnya menggantung mereka daripada sekolah adalah bertentangan dengan peruntukan undang undang Perlembagaan Singapura Fasal 15 ( 1 ) dan Fasal 152 ( 2 ) seperti berikut : -
UTUSAN message
Hosted by www.Geocities.ws

1