| 31hb Januari 2003 To , The Media KENYATAAN AKHBAR MENYOKONG SARANAN LANGKAH-LANGKAH KHAS Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) ingin menyokong saranan langkah-langkah khas atau 'affirmative action' dalam membantu masyarakat Melayu bagi mencapai taraf yang setanding dengan masyarakat lain. Sistem meritokrasi adalah satu sistem yang seharusnya saksama untuk masyarakat majmuk di Singapura, di mana semua rakyatnya akan bersaing dalam arus pembangunan dan kemajuan bersama. Namun begitu langkah khas seperti yang di sarankan untuk masyarakat Melayu dalam sudut-sudut tertentu terutama dalam bidang ekonomi adalah perlu. Keperluan ini harus di maklumi sebagai contoh jika peluang pekerjaan untuk masyarakat Melayu kurang menarik dan jawatan yang dapat diisikan kurang mencabar walaupun ianya mempunyai kelayakan dan kebolehan adalah satu sekatan yag boleh menghambat kemajuan masyarakat melayu itu sendiri. Ini dihangatkan lagi dengan persepsi dan pandangan yang serong dan diskriminasi kepada masyarakat Melayu di Singapura. Justeru itu adakah sistem meritokrasi ini mendatangkan manfaat kepada semua rakyat atau kepada masyarakat tertentu sahaja. Masyarakat Melayu di Singapura tidak memberi penekanan untuk mendesak pemerintah untuk melaksanakan tanggungjawabnya menurut artikel 152 bagi hak masyarakat Melayu yang termaktub di perlembagaan Singapura. Ini kerana masyarakat Melayu tidak mahu dilihat kurang bersemangat yang mudah luntur untuk bersaing. Walaupun begitu, pemerintah tidak seharusnya mengambil mudah dalam peningkatan dan kemajuan masyarakat Melayu dan jangan menggangap bahawa masyarakat Melayu selalu meminta-minta tetapi pemerintah semestinya menyalurkan peluang-peluang untuk masyarakat Melayu supaya saingan haruslah setanding dan saksama untuk semua rakyat warga Singapura. PKMS berharap bahawa kedua-dua pemerintah Singapura dan Malaysia agar dapat mengatasi masalah yang dipertikaikan sekarang ini dengan cara aman di meja perundingan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kepada kedua-duan rakyat negara. Daripada : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) |
![]() |
![]() |
| BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT |