| To The Editor , KENYATAAN AKHBAR TAKZIAH KEPADA MANGSA MANGSA PENGEBOMAN DI JAKARTA Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) merakamkan rasa terkejut serta terharu dan ingin mengutuskan ucapan takziah kepada mangsa - mangsa korban pengeboman di Hotel JW Marriot Jakarta yang berlaku pada hari Selasa lalu . PKMS mengutuk tindakan tersebut dan ingin menegaskan pendiriannya bahawa tindakan sebegitu rupa adalah dikeji dan tiada kaitan langsung dengan fahaman agama . Ini adalah tindakan anasir - anasir yang tidak bertanggungjawab yang hanya meragut nyawa insan yang tidak berdosa . PKMS yakin bahawa tindakan sebegini dapat dibendung dan dihapuskan sama sekali . Semoga pemerintah berserta rakyat Indonesia dapat menangani serta mengatasi masalah dalam keadaan yang sukar ini . Daripada : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) |
![]() |
![]() |
| BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT |