04hb Disember 2002


Editor ,
Media Massa
Political Desk


KENYATAAN AKHBAR


                                    Perpaduan ASEAN


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) menginginkan pemerintah Singapura supaya bersama-sama dengan negara-negara ASEAN yang lain agar tidak bersetuju dengan ulasan atau kenyataan Perdana Menteri Australia, Encik John Howard, dalam menangani kumpulan pengganas tanpa menghormati kedaulatan negara-negara jiran lain.

Walaupun kenyataan beliau menerima sokongan daripada Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, ini tidak bermakna bahawa pemerintah Singapura harus mengasingkan diri dari bersepakat dengan negara-negara jiran dalam konteks perpaduan ASEAN, memandangkan bahawa Singapura akan menjadi Setiausaha Agung ASEAN pada tahun depan.

PKMS ingin mengulangi pendiriannya bahawa kami menolak segala bentuk keganasan dan menyarankan agar usaha untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetahui dan mendalami bagaimana punca keganasan berlaku. Dengan menggunakan kekerasan ia hanya akan menggugatkan lagi keamanan dan ketenteraman di rantau Asia ini.




Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )
BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1