08hb Mac 2005


Editor ,
Media Massa
Political Desk


KENYATAAN AKHBAR

                                    PENUBUHAN KASINO


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) membantah sekeras-kerasnya dengan rancangan untuk menubuhkan Kasino di Singapura walaupun ianya diselindungi dengan penubuhan pusat hiburan.

PKMS juga menjangkakan banyak keburukan daripada kebaikan dari sudut sosial dan akhlak kepada rakyat Singapura malah ianya akan mengundang masalah-masalah lain yang mungkin timbul.

PKMS berbangga dengan imej Singapura yang bersih dan progresif dan tidak mahu dicemari dengan unsur-unsur negatif yang terjadi kepada negara-negara tertentu. Meskipun sudah dijangkakan bahawa pemerintah Singapura akan meneruskan rancangan tersebut walaupun telah mendapatkan maklum balas dan pandangan yang negatif dari umum ianya hanya merupakan satu prosedur semata-mata. Namun begitu PKMS TETAP MEMBANTAH.

Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )
BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1