| 09hb Jun 2005 Editor , Media Massa Political Desk KENYATAAN AKHBAR PEMILIHAN PRESIDEN SINGAPURA Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) ingin menyingkap sejarah Singapura selepas terpisah dengan Malaysia dimana Presiden pertamanya adalah berbangsa Melayu. Sebelum pindaan perlembagaan Singapura dalam sistem pemilihan Presiden, giliran bangsa adalah garis pandu pemilihan seseorang Presiden. Dengan sistem pemilhan Presiden yang baru kriteria-kriteria yang begitu tinggi amatlah sukar bagi individu tertentu untuk menemui kriteria tersebut sebagai calon Presiden. Namun begitu PKMS memandang sempurna jika pemilihan Presiden kali ini adalah terdiri dari bangsa Melayu. Ini memandangkan bahawa lebih 3 dekad lamanya jawatan itu tidak disandang oleh seorang individu yang berbangsa Melayu. Jika ini terjadi masyarakat sejagat akan menilaikan Singapura kekal sebagai sebuah negara berbilang bangsa dana agama. Daripada : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) |
![]() |
![]() |
| BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT |