04hb Disember 2002


Editor ,
Media Massa
Political Desk


KENYATAAN AKHBAR


PKMS MENOLAK SEGALA BENTUK KEGANASAN 


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) menginginkan pemerintah Singapura supaya bersama - sama dengan negara - negara ASEAN yang lain agar tidak bersetuju dengan ulasan atau kenyataan Perdana Menteri Australia , Encik John Howard , dalam menangani kumpulan pengganas tanpa menghormati kedaulatan negara - negara jiran lain .


Walaupun kenyataan beliau menerima sokongan daripada Presiden Amerika Syarikat , Encik George W . Bush , ini tidak bermakna bahawa pemerintah Singapura harus mengasingkan diri dari bersepakat dengan negara - negara jiran dalam konteks perpaduan ASEAN , memandangkan bahawa Singapura akan menjadi Setiausaha Agung ASEAN pada tahun
depan .


PKMS ingin mengulangi pendiriannya bahawa kami menolak segala bentuk keganasan dan menyarankan agar usaha untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetahui dan mendalami bagaimana punca keganasan berlaku . Dengan menggunakan kekerasan ia hanya akan mengugatkan lagi keamanan dan ketenteraman di rantau Asia ini .




Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )


BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1