06hb September 2002


The Editor ,
Political Desk


KENYATAAN AKHBAR


PKMS MEMBANTAH KERAS ANCAMAN AMERIKA UNTUK MENYERANG IRAQ


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) amat prihatin tentang ancaman Amerika Syarikat baru - baru ini untuk menyerang Iraq yang dianggap mempunyai senjata pemusnah yang merbahaya . Sebagai alasan bagi ancaman untuk menyerang Iraq , Amerika Syarikat haruslah berlaku adil di mana negara seperti Israel juga mempunyai senjata pemusnah yang boleh mengugat keamanan rantau timur tengah . Penyerangan ke atas Iraq akan merugikan dan membawa padah kepada rakyat Iraq yang tidak bersalah dan akan menjadi mangsa dalam serangan .


PKMS mahukan pemerintah Singapura menentang usul - usul yang merupakan keganasan kepada negara - negara di dunia . Bagi kemakmuran sejagat masalah - masalah yang dihadapi secara global haruslah diatasi dengan cara rundingan dan diplomatik . Dengan demikian ianya tidak akan merugikan mana - mana pihak malah meningkatkan persefahaman di antara
negara - negara Barat dengan negara - negara Islam . Mandat daripada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu perlu dan kelulusan dari Majlis keselamatan PBB harus sebulat suara bagi tindakan yang serupa ini . Dengan ini ianya tidak akan menimbulkan sebarang tanggapan dan memberi motif yang jelas dalam sebarang tindakan yang diambil .




Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )


BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1