21hb September 2002


The Editor ,
Political Desk


KENYATAAN AKHBAR


MADRASAH HARUS DIKEKALKAN


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) sangat prihatin dengan perkembangan semasa yang mengaitkan Masyarakat Melayu Islam di Singapura yang menjadi tumpuan dan perbahasan walaupun Masyarakat Melayu Islam keseluruhannya sudah diketahui umum amat mengambil berat dalam mewujudkan keyakinan untuk perpaduan nasional .


Fahaman yang ke arah ekstrem dan keganasan harus ditolak dan dianggap bahawa golongan sebegini telah dipengaruhi dengan secara emosi dari pengaruh - pengaruh luar . Agama Islam berlandaskan Al - Quran sememangnya menyeru umatnya mendalami Islam supaya fahaman umatnya akan lebih berpengetahuan dan berhikmah tinggi . Islam tidak mempunyai kelas atau golongan untuk penganutnya malah mengambil kira bahawa semua umatnya adalah setaraf dalam kedudukannya . Pihak MUIS harus memberikan penjelasan dan penerangan yang terperinci supaya ianya tidak mengelirukan masyarakat umum dalam mengukur bagaimana tingkah laku muslim yang '' moderate '' . Masyarakat Islam di Singapura dari dahulu sudah mengamalkan kesederhanaan dan tidak berubah hingga hari ini . Adalah wajar bagi Perdana Menteri Singapura Encik Goh Chok Tong supaya peka dengan kenyataan beliau jika menyentuh isu - isu Agama yang ada di Singapura ini terutama Agama yang bukan dari anutan beliau sendiri .


PKMS berpendirian bahawa Madrasah harus dikekalkan dan meneruskan sistem pengurusan seperti sedia ada . Perubahan dasar Madrasah haruslah diterima oleh Masyarakat Melayu Islam sebelum menjelangnya tahun 2003 . Penuntut Madrasah juga adalah penyumbang kepada pembangunan negara .




Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )


BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1