| 04hb Disember 2002 Editor , Media Massa Political Desk KENYATAAN AKHBAR Pengerusi Cawangan Kesatuan En Muhamad Ali Aman Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) ingin mengutarakan kekecewaannya terhadap keputusan dan tindakan Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI) terhadap Encik Muhamad Ali Aman dengan melucutkan jawatan beliau sebagai pengerusi cawangan kesatuan dan keanggotaannya hanya di atas dasar bahawa beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) dan Singapore Democratic Alliance (SDA). PKMS ingin menekankan bahwa usaha untuk memaksa para pekerja dan anggota-anggota kesatuan menyokong Parti Tindakan Rakyat (PAP) adalah tidak demokratik. Kesatuan Pekerja harus memainkan peranan utamanya untuk melindungi dan mempertahankan hak dan kepentingan pekerja-pekerja dan bukanlah menerima telunjuk mana-mana pihak untuk kepentingan mereka. Kongress Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) tidak seharusnya mempunyai hubungan simbiotik dengan PAP tetapi adalah wajar jika NTUC berpendirian berkecuali tanpa mengira mana-mana parti politik yang disokong oleh ahli mahupun pegawainya. Ekonomi Singapura mengalami kesukaran pada ketika ini dan banyak pekerja-pekerja kehilangan pekerjaannya. Kesatuan Sekerja harus mewujudkan satu semangat ke Singapuraan bagi menghadapi sebarang masalah dan rintangan bersama, tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik mana yang mereka miliki tetapi bersama-sama memikirkan huraiannya. Ini juga seiring dengan laungan pihak pemerintah dalam 'Re-making Singapore'. Daripada : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) |
![]() |
![]() |
| BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT |