03hb November 2004


Editor ,
Media Massa
Political Desk


KENYATAAN AKHBAR


                                                ISU NUZRIAH



Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) ingin menyampaikan rasa kemusykilan terhadap dimanakah kewibaan MUIS, JAWATANKUASA FATWA dan MUFTI sebagai yang dipertua bagi masyarakat Islam Singapura. Ini setelah keputusan mahkamah mengetepikan pendirian dan pandangan dari sebuah Institusi Islam Singapura mengenai Isu Nuzriah.

Keberkesanan sebuah Institusi agama adalah lebih berkesan tanpa campur tangan dalam perundingan mahupun syariah Institusi itu. Ini bersesuaian dengan Perlembangan Singapura berkaitan dengan peranan yang harus dimain oleh MUIS.

Rakyat Singapura diberi kebebasan untuk mengamal Agama mereka dan ini tidak terkecuali Agama Islam. Agama Islam adalah lengkap dengan peraturan serta perundangan tersendiri bagi sekelian penganutnya yang berlandaskan tuntutan agama. Mematuhinya adalah kewajiban sekelian muslimin dan muslimat. Institusi dan Ulama Islam seperti Mahkamah Syariah, MUIS, JAWATANKUASA FATWA dan juga MUFTI adalah pihak-pihak yang layak untuk membuat rujukan, rumusan, penilaian dan keputusan yang berkaitan dengan Islam.

PKMS mengharapkan dimasa-masa akan datang pihak Mahkamah Sivil mahupun Pemerintah Singapura dapat menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Institusi dan Ulama Islam. Ini kerana PKMS khuatiri sekiranya perkara sebegini berterusan Mahkamah Syariah, MUIS mahupun MUFTI akan kehilangan keyakinan di kalangan Masyarakat Islam Singapura.   


Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )
BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1