12hb November 2004


Editor ,
Media Massa
Political Desk


KENYATAAN AKHBAR


                                    ISU FORUM PEMIMPIN



Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) mengalu-alukan perkembangan positif yang telah tercapai dalam laporan Masyarakat Melayu dari perbincangan di Forum Pemimpin yang lalu. Kemajuan dan pencapaian yang baik adalah kebanggaan kita bersama.

Masyarakat Melayu akan kearah yang lebih cemerlang lagi jika idea-idea yang tercetus dari Forum tersebut dapat di realisasikan dengan penerapan yang sungguh-sungguh dari Anggota-anggota Parlimen Melayu. Masyarakat Melayu akan berasa lega dan selesa dengan adanya suara AP Melayu yang mengemukakan rintihan mereka terhadap apa yang nyata terjadi pada Masyarakat Melayu kita.

Pengemblingan tenaga untuk mencapai matlamat Masyarakat Melayu Cemerlang dari badan-badan dan Masyarakat Melayu secara sepadu hanya dapat di laksanakan jika Forum Pemimpin tersebut boleh di jadikan misi bersama sebagai satu arah tuju yang secara kolektif. Ianya juga haruslah di sertakan bersama kewibawaan kepimpinan Forum tersebut yang perlu mendapat mandat dari Masyarakat Melayu itu sendiri.

Forum tersebut juga harus telus (tansparent) untuk menerangkan perangkaan statistik melibatkan Masyarakat Melayu yang masih lagi mempersoalkan tentang perkara-perkara penting dalam kehidupan seharian mereka. ini seperti bilangan keluarga Melayu yang tinggal tanpa bekalan eletrik, menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari bank untuk membeli rumah, susah mendapatkan pekerjaan yang baik kerana sikap majikan yang mendiskriminasikan baik dari keperluan bahsa mahupun sangsi dan kurang yakin dengan masyarakat Melayu itu sendiri.

Generasi muda yang bakal mengambil alih kepimpinan masyarakat harus peka dengan permasalahan yang ada dan tidak boleh mengambil ringan dengan keperluan asas Masyarakat Melayu. Agama Islam harus di pertahankan, budaya dan bahasa Melayu harus di kekalkan supaya identiti Masyarakat Melayu tetap utuh dan kita semua akan berasa sempurna tanpa tekanan untuk hidup bersama-sama dengan masyarakat lain dalam keadaan yang harmoni aman damai di negara kita Singapura.


Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )
BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1