21hb Mac 2003


To ,
The Media


KENYATAAN AKHBAR


HARAPAN SUPAYA AMERIKA DAPAT MENGHENTIKAN PEPERANGAN


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) amat menyesali dengan tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Iraq dan menganggap tindakan sedemikian adalah melanggar tata susila Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu dengan tidak mendapat restu yang mutlak dari Majlis Keselamatan PBB .


Keputusan Amerika Syarikat untuk berperang dengan Iraq akan hanya menyukarkan lagi sebarang prosess keamanan dan malah akan meningkatkan lagi risiko ancaman tindak balas di negara barat dan pengganasan di seluruh dunia . Peperangan akan hanya meragut nyawa yang tidak berdosa dan kepentingan untuk menjaga peri kemanusiaan akan luntur dan tidak dipedulikan dan ianya harus diambil kira sama sekali pada bila - bila masa .


PKMS berharap bahawa Amerika Syarikat dapat menghentikan penyerangan ke atas negara Iraq dengan serta merta dan berbalik ke meja rundingan dalam ruang diplomasi bagi mengatasi perbalahan dengan mendapat mandat dan persetujuan dari badan utama dunia , Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk huraian bersama .


Daripada :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS )


BERSATU   BERSETIA   BERKHIDMAT
Hosted by www.Geocities.ws

1