| 04hb Oktober 2003 Editor , Media Massa Political Desk KENYATAAN AKHBAR AMALAN UGAMA HARUS DIKEKALKAN Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ( PKMS ) ingin menegaskan bahawa amalan untuk masyarakat Melayu Islam mengamalkan agama mereka haruslah dikekalkan dan tiada larangan perlu dikenakan . Pandangan dalam konteks kehidupan majmuk di Singapura tidak seharusnya dikaitkan dengan kewarakkan masyarakat itu mempraktikkan agama mereka . Mendalami agama bukanlah kayu ukur yang akan menjauhkan perpaduan sosial dan tiada implikasinya . Negara yang sekular tidak bermakna bahawa masyarakatnya harus berlandaskan perjalanan yang serupa . Keharmonian agama yang wujud sejak dulu lagi sememangnya tidak mendatangkan sebarang kesulitan mahupun ketegangan . Merujuk kepada pandangan bahawa masyarakat melayu di Singapura adalah berbeza dengan masyarakat melayu di Malaysia tidaklah munasabah . Rumpun Melayu yang ada di serata dunia tetap mempunyai nilai budaya yang murni lagi luhur . Kekayaan yang ada dalam budi bicara dan adat resam masyarakat melayu sangatlah disanjungi oleh masyarakat lain . Masyarakat melayu di Singapura menempuhi cabaran yang sedia ada dengan hati yang cekal bagi bersaing dengan masyarakat lain . Namun begitu peluang - peluang harus diberikan kepada masyarakat melayu untuk mempertingkatkan lagi pencapaian ekonominya supaya ianya dapat bersaing dari garis yang seimbang . Daripada : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) |
![]() |
![]() |
| BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT |