Sejarah PKG


PKG PULAU SERAI DALAM SEJARAH

Berdasarkan kepada keperluan pendidikan semasa PKG Pulau Serai ditubuhkan
pada 1 Julai tahun 1997 atas cadangan PPD(D/M)  dan KPP PSPNT.
PPD waktu itu ialah Tn.Hj.Haris Bin Hamidon AMN.,PJC.,PJK.
Hasil rundingan antara PPD dengan pihak SK Pulau Serai maka satu persetujuan bersama
telah dicapai untuk menyerahkan dua bilik darjah sekolah berkenaan kepada PSPNT
bagi tujuan dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Guru.
Nama PKG ini diberikan berdasar kepada nama tempat / kampung / lokasi PKG berkenaan
iaitu Kampung Pulau Serai.
Pengerusi PKG ialah Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda pengetua SMK(A) Rantau Abang
dan Penyelaras PKG  ialah En.Wan Abdul Razak Wan Idris.
Kedudukannya ditepi jalan antara Kuala Dungun ke Kuala Terengganu dalam kawasan SK Pulau Serai iaitu
menumpang bangunan sekolah berkenaan adalah dianggap sebagai satu lokasi yang paling strategik
untuk dikunjungi oleh pelanggan. Jaraknya lebih kurang 7 km dari bandar Dungun.
Keahliannya terdiri daripada 11 buah sekolah,
sembilan buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.

Mesyuarat pertama sebagai pelancaran penubuhan PKG Pulau Serai pada 03 / 09 / 1997 bertempat
di Balai Perdana ( PPD(D/M) jam 10:30 pagi dipengerusikan oleh Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda
pengetua SMK(A) Rantau Abang dan dihadiri sama oleh PPD Tn.Hj.Haris Bin Hamidon,
pegawai PSPNT En.Wan Mohd Bin Abdullah dan En.Jamaludin Bin Abu Bakar juga
disertai oleh penyelaras PKG Seri Dungun En.Abd.Latif Bin Muda.

PKG berfungsi untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam
teknopen dan IT serta memupuk budaya permuafakatan di kalangan sekolah-sekolah ahli melalui
semangat berpasukan bagi tujuan membantu dan memajukan sekolah-sekolah ahli.

Dalam ucapan penagguhan mesyuarat pelancaran itu PPD dan Pengerusi PKG berharap agar
AJK PENGURUSAN PKG dapat bergerak secara berpasukan dan mempertingkatkan keupayaan
bagi memajukan sekolah-sekolah ahli dari masa ke semasa.
 
 

[ Ke Muka Utama ]  [ Berita Harian ]  [  Laman Aktiviti   ]   [ Laman Kandungan  ]
 
 

SEKOLAH-SEKOLAH AHLI 1997

9 BUAH SEKOLAH RENDAH

1. SEK.KEB.KUALA DUNGUN
2. SEK.KEB.PULAU SERAI
3. SEK.KEB.PUSAT DUNGUN
4. SEK.KEB.SEB.DUNGUN
5. SEK.KEB.KG.BARU KUALA ABANG
6. SEK.KEB.KUALA ABANG
7. SEK.KEB.LINTANG
8. SEK.KEB.SERDANG
9. SEK.KEB.TOK KAH

2 BUAH SEKOLAH MENENGAH

10. SEK.MEN.KEB.AGAMA R.ABANG
11. SEK.MEN.KEB.PULAU SERAI
 

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN PKG PULAU SERAI 1997
 

PENGERUSI
Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda

NAIB PENGERUSI
En.Rozlan bin Abdul Rahman

SETIAUSAHA / PENYELARAS
Wan Abdul Razak Wan Idris

BENDAHARI
Tn.Hj.Abdullah bin Ahmad
 
 
 
 

AHLI JAWATANKUASA KERJA 1997

LATIHAN
Pengetua SMK Pulau Serai
[ En.Abdullah b. Ali ]

Guru Besar SK Pusat
[ Tn.Hj.Hamzah b. Salleh ]

PENYEBARAN
Guru Besar SK Kuala Dungun
[ Pn.C.Ku Hasnah bt. Abdullah ]

Guru Besar SK Serdang
[ En.Jamaludin b. Saruji ]

PENGHASILAN
Guru Besar SK Pulau Serai
[ En.Rozlan b. Abdul Rahman ]

Guru Besar SK Seberang
[ En.Ibrahim b. Abdullah ]

PROJEK KHAS
Guru Besar SK Kg.Baru Kuala Abang
[ En.Jaafar b. Ab.Ghani ]

KOMUNITI
Guru Besar Kuala Abang
[ En.Abd.Manan b. Ibrahim ]

Pengetua SMK(A) Rantau Abang
[Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda ]

KEWANGAN
Guru Besar SK Tok Kah
[Tn.Hj.Abdullah bin Ahmad ]

KEBAJIKAN
Guru Besar SK Lintang
[ En.Abu Bakar b. Che Min ]
 

Sekian



[ Ke Muka Utama ]  [ Berita Harian ]  [  Laman Aktiviti   ]   [ Laman Kandungan ]
Hosted by www.Geocities.ws

1