Berdasarkan kepada
keperluan pendidikan semasa PKG Pulau Serai ditubuhkan
pada 1 Julai
tahun 1997 atas cadangan PPD(D/M) dan KPP PSPNT.
PPD waktu itu
ialah Tn.Hj.Haris Bin Hamidon AMN.,PJC.,PJK.
Hasil rundingan
antara PPD dengan pihak SK Pulau Serai maka satu persetujuan bersama
telah dicapai
untuk menyerahkan dua bilik darjah sekolah berkenaan kepada PSPNT
bagi tujuan
dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Guru.
Nama PKG ini
diberikan berdasar kepada nama tempat / kampung / lokasi PKG berkenaan
iaitu Kampung
Pulau Serai.
Pengerusi PKG
ialah Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda pengetua SMK(A) Rantau Abang
dan Penyelaras
PKG ialah En.Wan Abdul Razak Wan Idris.
Kedudukannya
ditepi jalan antara Kuala Dungun ke Kuala Terengganu dalam kawasan SK Pulau
Serai iaitu
menumpang bangunan
sekolah berkenaan adalah dianggap sebagai satu lokasi yang paling strategik
untuk dikunjungi
oleh pelanggan. Jaraknya lebih kurang 7 km dari bandar Dungun.
Keahliannya
terdiri daripada 11 buah sekolah,
sembilan buah
sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.
Mesyuarat pertama
sebagai pelancaran penubuhan PKG Pulau Serai pada 03 / 09 / 1997 bertempat
di Balai Perdana
( PPD(D/M) jam 10:30 pagi dipengerusikan oleh Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda
pengetua SMK(A)
Rantau Abang dan dihadiri sama oleh PPD Tn.Hj.Haris Bin Hamidon,
pegawai PSPNT
En.Wan Mohd Bin Abdullah dan En.Jamaludin Bin Abu Bakar juga
disertai oleh
penyelaras PKG Seri Dungun En.Abd.Latif Bin Muda.
PKG berfungsi
untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam
teknopen dan
IT serta memupuk budaya permuafakatan di kalangan sekolah-sekolah ahli
melalui
semangat berpasukan
bagi tujuan membantu dan memajukan sekolah-sekolah ahli.
Dalam ucapan
penagguhan mesyuarat pelancaran itu PPD dan Pengerusi PKG berharap agar
AJK PENGURUSAN
PKG dapat bergerak secara berpasukan dan mempertingkatkan keupayaan
bagi memajukan
sekolah-sekolah ahli dari masa ke semasa.
Sekian