|
Tosei (Untuk 10-20 Keping)
|

|
Bahan-bahan
140 g (1 cawan) kacang hitam (bersama
kulit dibelah dua)
180g (1 1/4 cawan) beras
50 g (1/3 cawan) nasi
3 g (1 sudu teh) halba
20 g (2 sudu makan) minyak bijan (sapu
pada kuali)
3 g (1/2 sudu teh) garam
Bancuhan tosei
1.Bersihkan dan rendamkan kacang hitam
(bersama dengan kulitnya) selama lebih
kurang 4 jam.
2.Rendam beras dalam masa yang sama.
Masukkan halba dalam rendaman beras.
3.Selepas 4 jam, bersihkan kacang hitam
dengan mengasingkan kulitnya. Cuci
beras sebanyak 2 kali.
4.Kisarkan beras dan halba dengan
sebanyak 1/2 - 3/4 bahagian air hingga
halus. Tambahkan air jika perlu untuk
mendapat adunan serupa seperti
pancake.
5.Kacang hitam juga dikisarkan dengan 1/2
bahagian air hingga halus. Adunan perlu
kembang dan naik. tambah sedikit air jika
perlu.
6.Campurkan adunan beras dan kacang
hitam untuk mendapatkan adunan serupa
dengan adunan pancake. Biarkan adunan
tersebut meragi selama 6-8 jam di suhu
bilik.
Menggoreng Tosei
1.Panaskan kuali rata. Sapukan dengan sedikit minyak.
2.Sendukkan adunan tersebut ke atas kuali dan ratakan sehingga nipis dan berbentuk
bulat.
3.Masak kedua-dua belah dengan membalikkannya. Angkat apabila masak.
Cara menghidang
Sesuai dimakan dengan kuah dal, kari ikan, dalca dan acar. |
|