15 mAC 2004
Perhubungan:
 

PIPSE Mas

Pusat Bandar Bdr Mas

81900 Kota Tinggi

Johor

Email: [email protected]


 

18 Mac 2004
Berita Terkini

Laman web PIPSE menyediakan buku lawatan yang baru setelah buku lama menghadapi masalah baca...


10 Jan 2003
PIPSE kena pecah

BANDAR MAS 10 Jan 2003 (pipse) - Bangunan PIPSE yang terletak di Pusat Bandar Bandar Mas didapati kesan pecah dan kemek ekoran cubaan menceroboh masuk oleh pencoroboh malam tadi. Baca lagi...

 

9 Dis 2002
Mesyuarat PIPSE

Jawatankuasa PIPSE mengaturkan pertemuan khas dengan pegawai KEJORA bagi membincangkan MOU / Perjanjian Persefahaman di antara KEJORA dengan JKKMB Bandar Mas (PIPSE). Baca lagi...

 

MESYUARAT AJK PIPSE

BANDAR MAS 15 Mac 2004 - Jawatankuasa PIPSE Mas mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2004 semenjak penubuhannya 2 tahun yang lalu.

PIPSE terhenti operasinya lantaran kerosakan teruk akibat petir kuat yang sekali gus menghentikan perkhidmatan yang sebelum ini mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan terutamanya remaja.

Mesyuarat itu memutuskan beberapa perkara penting iaitu mengenai kadar bayaran penggunaan komputer dan internet sebanyak RM2 sejam. Sebelum ini hanya RM1.50 untuk pelajar dan dewasa RM2.

"Rasional perubahan harga ini ialah kerana pihak KEJORA tidak memberi subsidi penyelenggaraan PIPSE" kata En Razi, pengurus PIPSE.

"Bayaran perkhidmatan lain juga selaras dengan kadar harga yang ditawarkan oleh pemilik ciber kafe tempatan" tambahnya lagi.

Pihak pengurusan PIPSE akan menghantar surat kepada jawatankuasa masjid di sekitar untuk diumumkan pembukaan semula PIPSE kepada jamaah kariah Bandar Mas dan juga kampung-kampung berdekatan seperti Felda Sungai Mas dan Felda Papan Timur.

 

 

 

 
 
   


kosong
KAMI ADA CARA
PIPSE MAS © 2004 • Privacy PolicyTerms Of Use
Hosted by www.Geocities.ws

1