Seorang doktor memulakan
syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang
maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di
tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1
dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99
iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara
ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan “the first process of digestion”.
Mengapa menghisap
garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air
mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral,
garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut doktor,
di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan
memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan
makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali.
Mengapa: untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut
kita senang memproseskan makanan itu.
3.
Membaca Basmalah (Bismillahirrahma
Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit.
Mengapa: Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan
Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.
4.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh. Jangan
kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.
Mengapa: Kerana apabila
kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung
kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama
dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Itulah sedikit sebanyak inti
syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat
pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru),
Mudaris Iskandar mengenai Kaabah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang
bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana
ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4
imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah
Jazakallah