TABUNG PENDIDIKAN PERSATUAN ISLAM

LEMBAGA GETAH MALAYSIA

 

 

Am

 

Sejajar dengan ajaran Islam, sudah tibalah masanya untuk kita yang lebih berkemampuan untuk membantu saudara-saudara kita yang terhad kemampuannya di Lembaga Getah Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat ini, Jawatankuasa Kecil Pelajaran Persatuan Islam LGM telah menubuhkan Tabung Pendidikan PILGM pada bulan Ogos 1993. Tabung ini kemudiannya  telah diamanahkan kepada JKK Wanita PILGM untuk kesinambungan dalam mengendalikannya. Objektif utama penubuhan Tabung Pendidikan PILGM ini ialah untuk memberi bantuan kewangan bagi pelajaran anak-anak kakitangan Islam yang layak dari golongan yang berpendapatan rendah, di Lembaga Getah Malaysia.  Bantuan seperti ini diperlukan bagi meringankan kos perbelanjaan pendidikan anak-anak kakitangan Islam LGM yang menghadapi kesulitan kewangan untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak mereka yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

 

 

Dasar Bantuan

 

Bantuan akan diberi mengikut dasar-dasar berikut:-

 

(a)        Permohonan adalah terbuka kepada semua anak-anak kakitangan Islam LGM sahaja yang sedang menuntut di mana-mana sekolah rendah atau menengah bantuan penuh Kerajaan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak  Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada anak-anak kakitangan Islam yang menjadi ahli Persatuan Islam Lembaga Getah Malaysia.

 

(b)        Setiap bantuan yang diberi adalah bagi tempoh satu tahun, tetapi tempohnya boleh diperbaharui mengikut budibicara dan kebijaksanaan pihak Jawatankuasa Kecil Wanita, PILGM.

 

(c)        Wang bantuan itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pelajaran calon yang berjaya seperti membayar yuran sekolah, membeli buku-buku sekolah, membayar  yuran pengajian Islam, tambang perjalanan pergi dan balik ke sekolah atau kelas agama dan yuran pendidikan untuk anak-anak cacat (samada akal atau anggota).

 

(d)        Nilai tiap-tiap satu bantuan tidak akan melebihi RM 50.00 setiap bulan untuk pelajar sekolah menengah atau RM 40.00 setiap bulan untuk pelajar sekolah rendah. Bantuan bagi pelajar institut pengajian tinggi adalah sebanyak RM 300.00 setahun.

 

(e)                Pihak Jawatankuasa Kecil Wanita, PILGM berhak meminta dan mendapatkan laporan akademik dan kelakuan penerima-penerima bantuan daripada Guru Besar Sekolah di mana calon tersebut sedang menuntut untuk mengetahui kemajuan pelajarannya.

 

(f)                 Pihak Jawatankuasa Kecil Wanita, PILGM boleh mengikut budibicara dan kebijaksanaan mereka menarik balik bantuan yang telah diberi pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.


Pemilihan Calon

 

 

Pemilihan calon untuk diberi biasiswa akan dibuat mengikut budibicara dan kebijaksanaan Pemegang-Pemegang Amanah yang akan memberi pertimbangan berdasarkan perkara-perkara seperti berikut:

 

(a)        Kedudukan kewangan sesuatu keluarga.  Pertimbangan akan diberi bukan sahaja terhadap        pendapatan bapa atau penjaga malahan juga pendapatan orang lain dalam keluarga itu.

 

(b)        Bilangan anak dalam keluarga yang masih dibangku sekolah.

 

(c)        Tempoh perkhidmatan bapa atau penjaga.

 

(d)        Jika permohonan melebihi peruntukan, keutamaan akan diberi kepada penuntut-penuntut           yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

 

 

Bantuan-Bantuan Tahunan

 

 

Beberapa bantuan akan dikeluarkan pada tiap-tiap tahun.  Bantuan-bantuan akan diberi berdasarkan dari setahun ke setahun dan boleh diperbaharui tertakluk kepada pencapaian pelajaran calon.  Dengan hal yang demikian, semua pemohon adalah dikehendaki memohon jika mereka mahu anak-anak mereka dipertimbangkan semula bagi tahun berikutnya.

 

 

Cara Memohon

 

 

Panduan-panduan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

 

(a)        Permohonan untuk mendapatkan biasiswa hendaklah dibuat oleh bapa atau penjaga dalam         borang tertentu yang boleh didapati dari:

           

 

(i)                  Dr. Faridah Hanim Ab Hanan

            Unit Pencirian Bahan, Lembaga Getah Malaysia,

            RRIM, 260 Jalan Ampang, KL

 

(ii)                Dr. Norhayati Moris

            Unit Pencirian Bahan, Lembaga Getah Malaysia,

            RRIM, 260 Jalan Ampang, KL

 

(iii)               Dr Hafsah Jaafar

            Unit Bioteknologi & Penyelidikan Strategik,

            Stesen Penyelidikan RRIM Sg. Buloh, Sungai Buloh, Selangor.

 

(iv)              Pn. Siti Hawa Sulong

            Unit Teknologi Informasi

                                    Bangunan Getah Asli, 148 Jalan Ampang, KL.

 

 

(v)                Pn Masbawati Shaari

            Unit Pengurusan Kualiti dan Piawaian, Lembaga Getah Malaysia,

                                                                                                 RRIM, 260 Jalan Ampang, KL

 

(vi)              Pn. Aisah Saibi

            Unit Barangan  Getah Kering, Pusat Teknologi,

            Stesen Penyelidikan RRIM Sg. Buloh, Sungai Buloh, Selangor

 

(vii)             Encik Abdul Hamid Othman

            Stesen Penyelidikan RRIM Kota Tinggi, Johor

 

(viii)           Dr Mohd Ghouse Wan Chik

            Pejabat Wilayah Timur (Kuantan)

 

(ix)              Tuan Hj Basri Hamzah

            Pejabat Wilayah Timur (Machang)

 

(x)                Encik Aminudin Mohd Khalil

            Pejabat Wilayah Tengah (Seremban)

 

(xi)              En. Tuan Mohammad Tuan Muda

            Pejabat Wilayah Utara (Sg. Petani)

 

(xii)             Encik Wan Aziz Wan Othman

            Pejabat Wilayah Utara (Ipoh)

 

(xiii)           Tuan Hj Johani Md Zain

            Pejabat Wilayah Selatan (Kluang)

 

(xiv)           Encik Zulkefly Abd Hamid

            Pejabat Wilayah Selatan (Melaka)

 

(xv)            En. Zain Abd Aziz

            Pejabat Wilayah Sarawak & Sabah (Kucing)

 

(xvi)     En. Zainuddin Roji

            Pejabat LGM, Temerloh, Pahang

 

(b)        Borang-borang permohonan yang telah diisi hendaklah dihantar kepada wakil-wakil       seperti yang tersenarai di nombor (i) hingga (xvi) atau terus kepada Dr. Faridah Hanim Ab           Hanan, Pengerusi, Jawatankuasa Kecil Wanita, Persatuan Islam Lembaga Getah Malaysia.

 

(c)        Pemohon-pemohon dari Stesen-Stesen RRIM, hendaklah menghantar permohonan melalui        wakil masing-masing, yang mana mereka akan memanjangkan kepada Jawatankuasa Kecil     Wanita, PILGM.

 

(d)        Laporan-laporan kemajuan pelajaran hendaklah dibuat oleh Guru Besar/Pengetua pelajar          berkenaan bersama-sama dengan cop rasmi sekolah tersebut.  Laporan tersebut tidak boleh           mengandungi apa-apa perubahan tanpa persetujuan atau tandatangan Guru Besar/Pengetua.

 

 

(e)        Laporan-laporan kemajuan pelajaran yang tidak ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua         atau tidak mempunyai cop rasmi sekolah tidak akan diterima.

 

Semua borang-borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kecil Wanita PILGM tidak lewat dari 30hb April 2004.

 

 

Sekian, terima kasih. 

 

 

 

(Dr Faridah Hanim Ab Hanan)

Pengerusi

Jawatankuasa Kecil Wanita

Persatuan Islam Lembaga Getah Malaysia.

 

 

KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN BORANG

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1