MEMPEROLEH keredaan Allah adalah ganjaran yang
cukup besar kepada seseorang hamba kerana tanpanya, kehidupan seseorang di
dunia tidak diberkati oleh Ilahi. Malah, keredaan Allah menjadi pengukur sama
ada seseorang itu menjadi hamba yang beriman atau kufur terhadap segala ajaran
agama. Lebih malang lagi, seseorang yang tidak diredai akan termasuk dalam
golongan yang tidak mendapat naungan Allah di akhirat kelak. Sebahagian lagi
amalan yang boleh mendapat keredaan Allah ialah:
· Menghubungkan silaturahim bagi mereka yang
berbalah.
· Mengimbangkan kemarahan dan keredaan.
· Mudah memaafkan orang yang menzaliminya dan
pemurah dalam pemberian walaupun orang lain menghalang pemberian terhadapnya.
·
Diamnya ibarat bertafakur. Pertuturannya pula sebagai zikir. Pemerhatian
kepada sesuatu yang baik sebagai pengajaran.
· Jika mengasihi seseorang, kasih itu kerana
Allah dan jika memarahi seseorang, marahnya kerana Allah.
· Saling menghadiahkan sesuatu kepada saudaranya
untuk mengeratkan silaturahim hingga hari demi hari kian kukuh serta utuh.
· Memilih sahabat yang baik dan menghindarkan
daripada kawan yang jahat.
· Mengelakkan diri daripada ketawa berlebihan
kerana perbuatan sedemikian boleh mengakibatkan matinya hati.
·
Menangis kerana takutkan Allah.
·
Perbanyakkan meminta ampun.
· Berdoa
kepada Allah agar ditetapkan iman.
· Doa
tidaklah untuk dirinya saja, malah kepada saudara mara Mukmin.
·
Sentiasa bersedekah atau menderma kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan.
·
Wajahnya senyum apabila bertemu dengan saudara seagama kerana senyum
adalah sedekah.
·
Apabila mencegah perbuatan haram lantas ia memarahinya semata-mata
kerana Allah.
·
Membersihkan hati daripada penyakit seperti menipu, dendam dan dengki.
·
Berusaha mengembalikan diri ke arah akhlak mulia seperti lemah-lembut,
sabar, warak, takwa, rahmah, ikhlas dan tawakal.
·
Apabila ditimpa bencana hendaklah menyebut ‘dari Allah kami datang dan
kepada Allah kami kembali’.
·
Sentiasa beramal dengan doa iaitu ‘wahai tuhanku, aku minta berlindung
dengan engkau daripada melakukan syirik terhadap-Mu dan aku memohon keampunan
daripada segala dosa yang dilakukan secara tidak di sedari’.
·
Sentiasa mengingati mati, kubur dan hari akhirat.
·
Berusaha sedaya upaya untuk berpuasa dua hari setiap minggu iaitu pada
Isnin dan khamis serta tiga hari iaitu pada 13, 14 dan 15 hari bulan hijrah.
·
Sentiasa membaca doa keluar dan masuk rumah, memasuki masjid, tandas
serta memakai pakaian dan ketika hendak makan.
· Menunaikan
hak kewajipan diri dan harta benda, terhadap ibu bapa, isteri, anak-anak, kaum
kerabat serta jiran, selain menunaikan kewajipan dakwah kepada mereka.
·
Melakukan amalan mingguan mulai malam dan hari jumaat seperti mandi
sunat, memakai bau-bauan, pakaian cantik dan bersih, berdoa ketika waktu doa
mustajab, membaca surah al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi
Muhammad.
· Ketika itu juga disudahi dengan bertaubat nasuha dan beristighfar
serta khusyuk serta rasa takut kepada Allah. (Dipetik daripada Majalah
al-Tarbiah Isla-maiah).