Rahsia 10 Muharram
HARI
Asyura pada 10 Muharam mengandungi pelbagai peristiwa penting yang boleh
dijadikan iktibar dan renungan bersama. Ganjaran pahala besar disediakan kepada
umat Islam yang berpuasa sunat pada hari itu.
Antara peristiwa penting dalam
sejarah Islam pada hari itu ialah:
Sepuluh
Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah menyelamatkan
Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya. Berdasarkan
lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda
bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha berkuasa menyelamatkan baginda
serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.
Berpuasa
pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim meriwayatkan
sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: “Rasullah saw ketika ditanya
berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab: Amalan itu dapat melupuskan
dosa setahun yang lalu.”
Al
Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Berpuasalah kamu pada
hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara orang Yahudi.”
Amalan
bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan daripada Umar
yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa
setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura bagaikan bersedekah
satu tahun.”
Menggembirakan
keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan. Rasulullah saw pernah
bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melapangkan (menggembirakan)
keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan lapangkan rezekinya sepanjang
tahun itu.”
Berdoa
kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih baik lagi jika
dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan berpuasa pada hari Asyura
sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk berdoa kepada Allah memandangkan orang
yang berpuasa itu termasuk di kalangan mereka yang diperkenankan doanya.
Di
sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala anak yatim
dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan amalan zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.
Sebenarnya,
Muharam adalah bulan pertama mengikut
kiraan tahun Hijrah. Banyak amalan yang dianjurkan agama Islam untuk
dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.
Kehadiran
Muharam sewajarnya disambut dengan doa: “Ya Allah limpahkan rahmat dan salam ke
atas junjungan kami Nabi Muhamad saw berserta keluarga dan semua sahabatnya. Ya
Allah Engkau zat yang kekal abadi, sedia ada. Dengan anugerah dan
kemurahan-Mulah zat Yang Maha Agung, kami menggantungkan nasib.
“Sekarang
tahun baru sudah tiba, kami memohon perlindungan sepanjang tahun ini daripada
segala godaan syaitan dan jin. Berilah kami pertolongan untuk menghindarkan
diri daripada segala nafsu yang mengajak kepada melakukan kejahatan.
“Bimbinglah
kami dengan segala yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu, wahai Tuhan Yang Maha
Agung dan Maha Mulia. Semoga selawat tetap ke atas junjungan kami nabi Muhamad
saw berserta semua keluarga dan sahabat-sahabatnya.”
Semuga mendapat
hidayah.