SAMBUNG PERKHIDMATAN DI LGM

 

 

Per: Lanjutan Perkhidmatan Kerja di LGM (Extension of service in LGM))

 

Lanjutan  perkhidmatan (Extension of service) adalah dibuat atas permohonan oleh kakitangan sendiri dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan di LGM. Bagi kakitangan semua taraf kecuali JUSA, sesiapa yang ingin melanjutkan perkhidmatan kerjanya selepas bersara wajib perlulah menulis melalui Ketua Unit, kepada Ketua Unit Sumber Manusia menyatakan alasan dan bukti kenapa perkhidmatannya diperlukan supaya disambungkan semula selepas bersara. Akan tetapi syarat sambung kerja adalah bergantung kepada persetujuan Ketua Unit, Pengarah dan Pengurusan LGM.

 

Pegawai penyelidikan tingkatan tertinggi memerlukan sokongan oleh pihak pengurusan untuk sambung perkhidmatannya.  Bagi kakitangan bertaraf JUSA,  mereka yang ingin disambung perkhidmatan perlu mohon sendiri melalui Timbalan Ketua Pengarah kepada Ahli Lembaga (EXCO Board member).

 

Sememangnya sudah ada perbincangan bahawa kakitangan di bidang penyelidikan dicadangkan sehingga umur 60 tahun tetapi belum lagi tetapkan tahap umurnya. Tetapi kaedah lanjutan kerja selepas bersara wajib pada umur 56 tahun itu adalah secara kontrak samada satahun atau dua tahun terpulang kepada majikan.

 

Sesiapa yang sihat (able body), berpotensi di LGM, atau pekerja yang didikasi lagi komited selama perkhidmatan dengan LGM silalah buat permohonan. Tambahan pula LGM akan menghadapi ‘exodus’ atau persaraan wajib beramai kakitangannya akibat umur yang sebaya dalam tempoh masa ini.  LGM masih memerlukan kakitangan/ penyelidik yang berpengelaman, berpotensi, produktif, kreatif, oleh itu kehadiran mereka masih relevant di LGM.

 

 

Cuti Gantian Rehat (CGR)

LGM sedang menguruskan dengan JPA supaya CGR ditambah lagi sebulan menjadi 4 bulan. Dahulu CGR dibenarkan sebanyak 90 hari,  sekarang ada kemungkinan besar boleh sampai 120 hari. Oleh itu sila simpan cuti untuk penuhi CGR sebanyak 120 hari.

 

Makluman sahaja.

Hosted by www.Geocities.ws

1