Hijrah kepada yang haq

“Maka amalkan olehmu atas hal yang demikian itu (berhijrah) seperti bahawasanya engkau berpindah kepada keduanya(Allah dan Rasul) dan jangan engkau berhadap selain dariNya.

Barangsiapa keluar ia daripada rumahnya pada halnya berpindah kepada Allah dan RasulNya kemudian dia dapat kematian. maka dia memperolehi pahalanya dari Allah.”

Perhatikan kalam hikmah di atas yang berdasarkan kepada Hadis Rasulullah saw. berkaitan dengan peristiwa Hijrah. Mengikut keterangan seorang guru, semasa peristiwa hijrah Rasulullah saw ke Madinah itu, terdapat tiga golongan yang ikut serta bersama Rasulullah SAW iaitu;

Di samping itu perlu ditegaskan, dalam mengambil faham dan mengupas maksud hadis tersebut, kaum sufiah mempunyai pandangan mereka yang tersendiri untuk mengupas pengajaran dan isi pengetahuan di sebalik yang tersurat (zhohir) hadis tersebut. Mereka lebih cenderung untuk mengupas sesuatu hadis atau firman Allah itu mengikut kedua-dua pandangan iaitu zhohir dan batinnya. Malah ada yang berupaya mengambil pergertian yang batin dari yang batin.

 

Oleh kerana inilah kita cuba mengetengahkan sebahagian daripada pengertian batin hadis yang berkaitan dengan hijrah ini dengan maksud perjalanan hati atau hemah hamba-hamba yang beramal dan beribadat kepada Allah. Dengan kata lain bolehlah kita katakan maksud perpindahan atau hijrah itu adalah ditujukan kepada mereka;

Untuk itu, seorang ulamak telah menegaskan dalam keterangannya supaya hamba yang ingin berubah itu hendaklah meletakkan niat dan arah tuju mereka semata-mata kerana kecintaan kepada Allah dengan memuliakan (ikut/junjung) jalan-jalan yang disyariatkan oleh Rasulullah saw sebagaimana maksud hadis tersebut..

 

Seterusnya dinyatakan pula, segala kerugian wang ringgit, harta, masa dan tenaga yang digunakan ke arah jalan perubahan ini, akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah Taala di akhirat nanti. sebagaimana firman Allah Taala Yang Maha Tinggi yang bermaksud;

 

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa:100)

 

Hosted by www.Geocities.ws

1