PEDOMAN DARI HADIS RASULULLAH SAW
HIMPUNAN HADIS-HADIS
UNTUK PEDOMAN HIDUP
1. Kelebihan selawat.
Barangsiapa
dari umatku membaca salawat atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikkan,
menghapuskan daripadanya sepuluh keburukkan, mengangkat untuknya sepuluh
darjat."H. R Ahmad
2. Berdoa sewaktu sujud.
Tuhan
amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud maka perbanyakkanlah do'a
(waktu sujud)."H. R Muslim, Abu Dawud, Nasaai
3. Membuang rintangan di
jalan.
Buangkanlah
rintangan (halangan) dari jalan kerana sesungguhnya ia sedekah bagi mu. H. R
Bukhari
4. Redha dengan kesakitan
membersih dosa.
Apabila
orang mukmin redha dengan kesakitan sakit itu menjadi pembersih dosa dosanya.
H. R Bukhari
5. Doa adalah ibadat utama.
Ibadat
yang paling utama adalah doa H. R Haakim, Ibnu Adi, Sa'd
6. Keputusan muktamat apabila
was-was.
Apabila
kamu ingin mengerjakan sesuatu tetapi ada kebimbangan di hatimu maka
tinggalkanlah ia. H. R Ahmad, Ibnu
Hibban, Haakim
7. Bencana jika kita kedekut
ilmu
Sesiapa
yang ditanya sesuatu ilmu lalu di sembunyikannya, maka orang itu pada hari
akhirat kelak akan di kekang dengan kekangan api neraka". H. R Abu Daud, Termidzi
Tiap
orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu, lalu disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan
mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka (Riwayat Al-Tabrani
dari Ibn Mas'ud r.a.) Update
Siapa yang
belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba
dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau
syurga pada hari kiamat (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.) Update
8. Tanda kesempurnaan
keIslaman.
Diantara
tanda tanda kesempurnaan keislaman sesaorang itu ialah meninggalkan sesuatu
yang tidak mendatangkan faedah. H. R.
Turmidzi
9. Kelebihan bertawakkal.
Andainya
kamu bertawakkal kepada Allah bersungguh sungguh, nescaya Allah akan memberi
rezeki kepada kamu seperti mana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan
pulang di waktu senja dengan perut kenyang.
H. R Turmidzi
10.
Kewajipan kita Update
Kewajipan
seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam,
melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang
yang bersin. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) Update
Sesiapa yang
membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat
redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia
mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari Update
Andaikan
kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat,
nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah) Update
Sesiapa yang
menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah
berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik
maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari &
Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani) Update
Para ibu
hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233) Update
Pakailah
antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci
dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih"
(Riwayat Ahmad) Update
Siapa yang
berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.) Update
Lima macam
dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh
orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari
barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang
lain" (Riwayat Ahmad) Update
Orang yang
memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan
takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib) Update
11.
Dosa-dosa besar yang kita lakukan Update
Dosa yang
paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa
hak" (Riwayat Anas r.a.) Update