SEMINAR PILGM
KETRAMPILAN DIRI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Ceramah oleh: Prof. Madya Dr. Jawiah Dakir

Fakulti Pengajian & Persuratan Islam UKM

 

Ringkasan

 

Seminar Ketrampilan Diri Mengikut Perspektif Islam telah dilangsungkan di Dewan Theaterate, Bangunan Getah Asli, Lembaga Getah Malaysia Jalan Ampang. Seminar ini dianjurkan bersama oleh JKKW PILGM dengan LGM pada 16 September yang lalu. Seramai lebih kurang 100 peserta yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan wanita LGM dan isteri-isteri ahli PILGM telah menghadirkan diri.  Seminar terbahagi kepada dua modul penyampaian ceramah iaitu;  Modul 1:- Bertajuk “Etika Berpakaian Menurut Perspektif Islam dari aspek penutupan aurat dan hukum berhias dari segi syarak.” Yang telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jawiah Dakir dari Fakulti Pengajian dan Persuratan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Modul ke-2 ialah “ Wanita Anggun Dari Pandangan Lelaki” telah disampaikan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah al-hafiz dari MORAPIS Sdn. Bhd. Seterusnya sesi seminar dilanjutkan dengan sesi demonstrasi pemakaian secara islam oleh Puan Yasmin Siddiq dari Positif Grooming Sdn. Bhd. Beliau telah menekankan aspek-aspek penampilan sopan dan bergaya yang sesuai bagi kakitangan awam termasuk teknik-teknik pemakaian tudung yang betul dan menarik. Seminar yang memakan masa selama sehari ini telah berjaya memupuk kesedaran peserta terutama peri pentingnya berpenampilan dan berperibadi anggun dari sudut kefahaman islam demi meningkatkan produktiviti sebagai suri rumah serta penjawat awam.

 

Sekian

 
Hosted by www.Geocities.ws

1