Kita tak tau... betulkah..
Budu ada khasiatnya
Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum
dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang
berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi
kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand
dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki
Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan
daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan
menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang
selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga
dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif
seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada
peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat
antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit
jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,
diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat
budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi
masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada
tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini
serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ
kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan
memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang
lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria
raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi
kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,
vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E
dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara
saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh
bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12
ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana
kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa
(pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu
adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan
atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia
dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak
perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut
mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat
besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi
setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk
isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga
merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan
reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul
yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga
menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan
kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan
dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam
budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3
jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11
(6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat
dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di
University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein
dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit
kanser, proses penuaan dan kanser payudara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu
bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh
darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan
oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor
dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia),
hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang
mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan
protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji
rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari
selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,
budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan
serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm.
Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National
Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain,
serat pada tempe lebih mudah untuk dicernakan.
Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa
khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi,
tghari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air
multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.
Walahualam
Artikal
ini dihantar melalui email oleh seorang pengunjung minta saya siarkan untuk
kita fikirkan bersama.. webmaster.