Sambutan Jamuan Persaraan YDP di RRIES

 

 

Tanggal 11 Mac 2004 Jumaat jam 10.00 pagi bertempat di Kafeteria Pusat Latihan LGM Sg Buluh telah diadakan jamuan makan dan penyampaian cenderahati bersempena persaraan YDP PILGM Dr Maarof Zainal Abidin yang telah bersara wajib pada 13 Mac 2004 yang baru lalu. Jamuan berlangsung dalam suasana yang amat meriah kerana disertai oleh sebahagian besar kakitangan LGM yang bertugas di Sg Buluh. Kehadiran mereka yang turut menjayakan majlis ini mencecah hampir 200 orang dan ianya terdiri dari semua rakan-rakan bukan sahaja dari kalangan ahli PILGM malah dari mereka yang bukan ahli PILGM serta mereka dari kalangan berbangsa Cina dan India.

Dalam ucapan beliau dalam majlis itu yang turut dihadiri oleh NYDP PILGM, Tn. Hj Mohamad Rouyan Bakar dan Setiausaha Agong En. Abdul Aziz Awang, Dr. Maarof menyatakan terima kasih dan terharu kerana bersusah payah melaksanakan jamuan untuk meraikan persaraannya. Dalam ucapan beliau yang panjang lebar itu beliau turut menggunakan kesempatan di majlis itu dengan menyampaikan tazkirah pendek kepada semua hadirin dengan hasrat menjadi pedoman dan teladan hidup kita. Beliau banyak menyentuh tentang pesanan-pesanan yang diberikan oleh Rasulullah saw dalam hadis baginda yang masyur. Antaranya mengenai masa yang terus meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi. Dan untuk itu beliau menyarankan agar kita menggunakan masa dengan sebaiknya dalam menjalankan ibadah pada Allah swt.

NYDP pula dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah kerana berjaya berkhidmat di RRIM dan LGM sehingga bersara. Bagi NYDP persaraan yang begini juga merupakan satu kejayaan kerana tidak semua yang menabur bakti di LGM mampu berkhidmat hingga bersara kerana ada yang berhenti separuh jalan dan tak kurang juga yang terlebih dahulu mengadap Ilahi sebelum sempurna bersara.

 

Gambar-gambar di Galeri Foto

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1