Baghdad Kota 1001 Malam
Pengeboman yang berterusan dengan bom-bom
berteknologi tinggi, peluru berpandu patriot dan jutaan peluru dari senjata
yang termoden oleh tentera Amerika dan Britain akan menghancur sama sekali,
ranap semuanya apa yang ada di Kota Baghdad. Bagi pencinta sejarah dan seluruh
umat Islam khasnya akan merasai kesan kepedihan akibat tindakan itu. Kota
Baghdad adalah kota lama yang penuh bersejarah kerana di sanalah bermulanya
tamaddun umat Islam pertama selepasnya kewafatan Rasulullah saw. Pemerintahan
Kerajaan Abasiyyah di awal kurun Hijrah di kota itu telah merintis jalan
kemajuan dan kejayaan umat Islam sehingga kini menjadi teladan dan kebanggaan
kita.
Kota Baghdad mempunyai sejarahnya yang
hebat dan teragong dalam perkembangan agama Islam. Kota ini dikagumi sehingga
telah diberi nama julukan sebagai Madinatus Salam atau Kota Perdamaian. Ianya
dijadikan sebagai ibukota kerajaan semasa pemerintahan Khalifah Islam Bani
Abbasiyah. Bersilih ganti Khalifah sebagai pemerintah tertinggi dan di masa
pemerintahan Khalifah Muhammad Abdul Aziz dan Harun Al Rasyid telah berhasil
membawa Baghdad menjadi kota yang makmur, agong dan ternama. Inilah zaman
keagongan atau zaman keemasan Baghdad sehingga ianya menjadi pusat kebudayaan
dan perdagangan dunia Islam yang ulung. Berikutnya selepas itu bertambah hebat
ketika Baghdad diperintah oleh Khalifah Al Ma'mun, sehingga menjadikan Kota
Baghdad sebagai kota seni literature, teologi, filosofi, matematika, dan ilmu
pengetahuan lainnya sebagai faktor kejayaan di kota Baghdad. Kita perlu
mengetahui bahawa Al Khwarizmi peletak dasar aljabar dalam matematika berasal
dari Baghdad. Baghdad pun menjadi pusat ilmu pengetahuan dalam dunia Islam.
Pada sekitar abad ke tujuh Hijrah,
terjadilah penaklukani besar-besaran dari bangsa Monghul. Kita tahu bahwa
Monghul dengan pemimpinnya bernama Genghis Khan akhirnya berhasil menguasai
hampir sebahagian besar Asia dan Eropah. Kemaraan mereka tidak terkecuali juga
ke negara di bawah kekhalifahan Islam. Baghdad sebagai kota terbesar dan pusat
dunia Islam menjadi matlamat penaklukan pertama bangsa Monghul. Lalu diutuskan
Hulagu Khan, cucu dari Genghis Khan untuk menakluki Baghdad. Khalifah di
Baghdad waktu itu adalah Al Musta'sim, yang sudah siap untuk melawan bangsa Monghul
demi mempertahankan Kota Baghdad.
Penasihat khalifah memberikan saranan agar
mengadakan perjanjian damai dengan Monghul, tetapi muslihat sebenarnya
penasihat khalifah tersebut berkompromi dalam diam dengan Monghul agar dia satu
waktu nanti dijadikan khalifah. Untuk menghindari peperangan dan pembunuhan
akibat peperangan, Al Musta'sim menyetujui dan menemui Hulagu di luar Kota
Baghdad.
Seperti sudah dirancangkan, Al Musta'sim
dibunuh berserta semua delegasi yang bersamanya. Sejarah mencatatkan bahawa Al
Musta'sim tidak dibunuh dengan pedang sebaliknya dimasukkan ke dalam karung
lalu ditombaki dan diinjak-injak dengan kuda. Begitu juga dengan penasihat
khalifah yang berkompromi dengan bangsa Monghul sendiri turut dibunuh. Akhirnya
masuklah bangsa Monghul ke Kota Baghdad dan menjatuhkan pemerintahan Bani
Abasiyyah.
Pemerintahan Hulagu Khan, Dinasti Moghul
amat kejam kerana mereka tidak menghormati rakyat marhaen dan ketamadudnan ilmu
di Baghdad. Tindakan ganas, kejam dan pembantaian rakyat marhaen yang sama
sekali tidak siap sedia untuk berperang dilakukan sewenangnya. Akibat dari
tindakan kejam itu Kota Baghdad yang pada waktu itu dipenuhi oleh ilmuwan,
cendekiawan dan pakar menyerah diri karena tidak mampu melawan. Namun demikian
kerajaan Moghul yang tidak berperikemanusiaan itu masih membantai rakyat yang
sudah menyerah itu secara brutal. Begitu juga dengan hasil karya mereka,
khazanah ilmu, buku-buku karya sastera, seni, kejuruteraan, teknologi,
perubatan dan sebagainya dibakar atau dibuang ke dalam sungai. Banjirlah
Baghdad dengan merah akibat dari warna darah dan hitam warna tinta dari
literatur dan buku-buku ilmu pengetahuan.
Setelah kejatuhan dan hancurnya Baghdad,
satu persatu kota-kota Islam lainnya di daerah teluk itu mulai berhasil
dikuasai Monghul. Sampai akhirnya Hulagu siap menakluki Mesir, yang pada waktu
itu dipimpin oleh Khalifah Qutuz. Dia menghantar utusan dengan surat yang
memerintahkan Qutuz menyerah kalah dan memberikan Mesir kepada Monghul. Qutuz
sudah mendengar bahwa bangsa Monghul merupakan bangsa yang susah dikalahkan,
namun ia beriman kepada Allah. Hanya Allah-lah yang patut untuk ditakuti.
Karena itu tidak patut seorang hamba Allah takut kepada sesama makhluk
ciptaan-Nya. Ia merobek surat dan memenggal utusan yang membawa surat itu dan
digantung di pintu gerbang Kaherah untuk memicu semangat dan meningkatkan moral
pasukan Muslim.
Akibat tindakan itu, Qutuz yakin bahwa ini
akan mempercepat kedatangan Monghul ke Mesir. Namun demikian di Mesir pada
waktu terjadi perpecahan antara umat Islam. Dengan tujuan agar dapat membela
Mesir dan Islam, Qutuz berhasil menyatukan pihak-pihak yang berseturu di Mesir,
seperti salah satu yang terkenal adalah Sultan Mamluk, Baibar. Daripada
menunggu diserang, Qutuz berserta semua khalifah di Mesir berusaha mengundurkan
pasukan Monghul di luar kota. Akhirnya mereka bertemu di daerah Ain Jalut,
sekitar Palestina utara. Pertempuran ini dikenal sebagai Perang Ain Jalut.
Pasukan Moghul amat kuat dalam kelengkapan perang seperti senjata, bekalan
makanan, pengalaman perang dan moral yang tinggi karena tidak pernah
dikalahkan, sedangkan pasukan Islam dengan persiapan seadanya, tapi dengan satu
bekalan kuat yaitu hanya BERIMAN kepada Allah.
Ketika pertempuran berlangsung, kekalahan
telah mula kelihatan akan terjadi ke atas tentera Islam Mesir. Pasukan dan
pejuang-pejuang Islam telah banyak yang gugur syahid sehingga menyebabkan
pasukan Islam mengalami kehilangan pejuang yang ramai berbanding di pihak
Moghul.. Sementara pasukan Monghul terus mengasak pasukan Muslim. Menurut
perhitungan, kekalahan di pihak tentera Islam hanya menunggu masanya sahaja. Di
saat genting itu kerana banyak sudah korban berguguran, maka bertindak sebagai
seorang pemimpin, Qutuz tetap semangat dan berusaha untuk mengembalikan
semangat juang pasukan Muslim. Lantas beliau berdiri di atas sebongkah batu,
beliau melepaskan pelindung kepalanya dan meneriakkan satu kalimat yang menjadi
sejarah hingga hari ini dalam Islam, "Islamah... Islamah..." yang
berarti "Demi Islam... Demi Islam..." sambil diiringi sedikit sebak
tangis. Mendengar kalimat itu, para panglima pasukan Muslim yang tadinya mulai
kendur, ikut mengumandangkan kalimat "Islamah... Islamah.." Yang pada
akhirnya diikuti oleh semua pasukan Muslim. Seakan-akan mendapat suntikkan baru
untuk melawan, para panglima pasukan Muslim membolosi pertahanan pasukan
Monghul. Dengan meneriakkan "Islamah... Islamah...", seluruh pasukan
muslim yang masih hidup maju tanpa takut nyawa akan hilang, yang gugur di medan
perang adalah syahid.
Pada akhirnya, Allah memberikan kemenangan
kepada pasukan Muslim dan mematahkan mitos bahwa pasukan Mongol tidak boleh
dikalahkan. Dengan bantuan Allah jua semua itu tidak mustahil dilakukan.
Pasukan Monghul terpaksa berundur ke Baghdad. Kemenangan di perang Ain Jalut
ini membuka jalan kepada pasukan Islam untuk mengembalikan Islam di Baghdad.
Dengan pertolongan Allah jua, akhirnya Qutuz berhasil mengembalikan
pemerintahan Islam di Baghdad.
Kalau kita merenung kembali imbasan sejarah
Baghdad di atas, kita akan tertanya sejarah mungkinkah akan berulang kembali.
Apa pun kita harus ingat sekuat apapun suatu kekuatan tentera bukan Islam,
Insya Allah akan hancur seperti halnya pasukan Monghul, asalkan semangat juang
tentera atau orang Islam tulus ikhlas demi agama Islam yang suci serta
perpaduan yang kukuh sesama umat Islam. Demikian pula ketika kita dalam keadaan
yang mempunyai kekuatan, maka hendaknya kita berlaku adil dan mentaati agama
Islam sepenuhnya. Teladan ini dapat dilihat terjadi ketika khalifah Qutuz
kembali meng-Islamkan Baghdad, dimana banyak penduduk Monghul yang menyerah
diri. Mereka tidak dibunuh, mereka tidak disakiti, sebaliknya mereka dibiarkan
hidup bebas, berbaik dan aman, yang pada akhirnya kebanyakan bekas tentera
Moghul ini memilih Islam sebagai agama baru mereka. Mereka berganding bahu
bersama-sama untuk membangunkan Baghdad kembali. Subhanallah.