AMALAN DI BULAN MUHARRAM
Baca doa akhir tahun – Selepas
waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah
(Allah
akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)
Baca doa
awal tahun - Apabila masuk waktu
Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah
(Allah
akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)
1 – 10
Muharram adalah disunatkan berpuasa.
16
perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9
Muharram
Ambil satu bekas yang
berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak
budu” kita berdoa di dalam
hati tentang hajat kita – terutamanya
untuk anak-anak. Kemudian air tersebut
disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9
Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram
(Asyura)
Pahalanya adalah seperti
10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak
yatim. Caranya ialah dari bahagian
belakang kepala ke hadapan. Allah akan
mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada
orang yang berpuasa.
Pahalanya adalah sama
seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan
penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang
alim.
7. Menziarahi orang
sakit. Sama seperti kita menziarahi
seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan
dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh
menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak 1 ribu kali. Allah akan
memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2)
(Sahaja aku sembahyang sunat
mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)
Baca
surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.
Allah akan mengampunkan dosa 50
tahun yang lalu.
14.
Banyakkan bersedekah. Allah akan
menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri
makan/pakaian kepada fakir miskin.
Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16.
Berzikir (Hasbi
Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali