Keahlian PILGM

 

Setakat ini bilangan ahli PILGM telah mencapai hampir 800 orang yang terdiri dari kakitangan LGM di semua stesen dan wilayah. Pecahan bilangan kakitangan adalah seperti di bawah ini.

 

Cawangan

Bilangan Ahli

Ahli seumur hidup

2

Ahli dari 260, Jln Ampang, KL

151

Bangunan Getah Asli, KL

127

RRIES, Sg Buluh, Selangor

41

Stesen Kota Tinggi, Johor

17

Wilayah Perak

333

Wilayah Negeri Sembilan

20

Wilayah Johor

14

Wilayah Pahang

25

Wilayah Kelantan

12

Sabah & Sarawak

12

Wilayah Kedah

21

Wilayah Melaka

10

Wilayah Trengganu

5

 

 

Ahli Biasa: Terbuka kepada semua kakitangan Islam yang bekerja di LGM.

 

Ahli Seumur Hidup: Ahli biasa yang menderma wang tidak kurang dari RM250 dalam masa tidak lebih 3 tahun. Ianya tidak perlu lagi membayar yuran tetapi menerima segala faedah seperti ahli biasa.

 

Ahli Kehormat: Tokoh-tokoh Islam yang terkemuka, berjasa kepada negara dan Lembaga Getah Malaysia atau bekas ahli persatuan. Ianya tidak mendapat apa-apa faedah kemudahan tetapi dibenarkan bercakap dalam mesyuarat agong dan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Kerja secara bertulis. Jawatankuasa Kerja atau mesyuarat agong diberi kuasa untuk menerima keahlian Ahli Kehormat sekiranya dipersetujui oleh 2/3 ahli yang hadir.

 

 

HAK AHLI BIASA DAN AHLI SEUMUR HIDUP

  1. Menghadiri dan mengundi dalam Mesyuarat Agong Tahunan persatuan.
  2. Menjadi calon untuk jawatan-jawatan dalam persatuan. Jawatan YDP, Setiausaha dan Bendahari hendaklah dihadkan kepada Ahli Biasa sahaja.
  3. Menyemak buku daftar ahli dan penyata persatuan setelah diberitahu kepada Setiausaha.
  4. Menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PILGM.
  5. Mendapat faedah bantuan khairat kematian ahli, ibubapa atau tanggungan.

 

TANGGUNGJAWAB AHLI

  1. Menghormati dan patuh kepada perlembagaan persatuan.
  2. Patuh kepada segala keputusan yang diambil dalam Mesyuarat Agong dan mesyuarat jawatankuasa kerja persatuan.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1