JAMUAN HARI RAYA AIDIL ADHA
Bersempena Hari Raya Aidil Ahda pihak PILGM telah
mengadakan Majlis Jamuan pada 7
Februari 2004 di Bangunan Getah Asli. Majlis ini hanyalah untuk meraikan ahli
PILGM yang berada di Bangunan Getah Asli dan di 260 Jalan Ampang. Ustaz Raihan
Abdul Aziz telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Pengorbanan:
Tuntutan dan kesan dalam kehidupan seharian” Seramai 80 ahi PILGM telah
menghadirinya.
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Raihan, beliau
telah merujuk kepada firman Allah di dalam surah Al-Insaan ayat 2 dan 3 yang
bermaksud “ Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang
bercampur, yang kami hendak mengujinya ( dengan perintah dan larangan), kerana
itu kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami menunjukki jalan
yang
lurus: ada
yang bersyukur dan ada pula yang kafir. Intipati ayat ini ialah :
1.
Kejadian manusia dari setitis mani dan diturunkan
petunjuk.
2.
Setelah wujudnya manusia dan diturunkan petunjuk,
Allah akan menguji mereka dengan berbagai ujian.
3.
Hasil ujian ke atas manusia, maka manusia akan terbahagi kepada dua golongan iaitu yang
bersyukur dan yang kafir.
Bentuk Ujian :
1.
Tanda Kasihnya Allah kepada Manusia
Contoh : Manusia yang diuji Allah dengan kekayaan ia melakukan kemungkaran, maksiat, enggan keluarkan zakat, sombong dan apabila dijatuhkannya miskin ia mula mengingati Allah dan bertambah ibadatnya.
2.
Tanda Allah hendak membersihkan dosa kecil dari
manusia beriman
Contoh : Seseorang itu diuji dengan jatuh sakit, terkena duri, jatuh tangga dan sebagainya. Setiap apa yang berlaku itu ia reda akan kehendak Allah. Walau bagaimana pun ia perlu berikhtiar mencari ubat untuk menyembuhkannya.
3.
Tanda Allah bencinya Allah kepada manusia.
Contoh
: Apabila sesuatu bencana besar berlaku sebagaimana banjir besar melanda kaum
Nabi Noh yang enggan beriman kepada Allah. Kebinasaan kaum Tsamud dizaman Nabi
Shaleh dengan suatu dentuman yang kuat manusia mati bergelimpangan ( Huud :
67). Kejadian ke atas kaum Luth di saat waktu subuh Allah jadikan negeri kaum
Luth yang di atas ke bawah dan dihujani mereka dengan batu dari tanah yang
terbakar dengan bertubi-tubi. (Huud : 83 ).
Sekian