Sekolah Kebangsaan Pulau Serai , 23000 Dungun , Terengganu Darul Iman.
 
TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN 2006~2010 ( PIPP )

Membina Negara Bangsa

Dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Membangun Modal Insan

Dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan displin.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Melalui peluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan pengetua / guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum

Merapatkan Jurang Pendidikan

Dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pendalaman.

Memartabatkan Profesion Keguruan

Melalui menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan  pengurusan sumber manusia.

Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Dengan pemilihan guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
SIDIQ AMANAH TABLIGH FATHANAH Sekitar Sekolah
Hosted by www.Geocities.ws

1