
Semasa
kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada
di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat
Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan
3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau
(As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi
yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi
rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru
kawasan.
Di tengah jalan antara rumah
Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus
meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan
cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua
tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan
sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh
manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.
Kerusi roda yang dinaiki
beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.
Saksi yang tinggal
berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana
Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya
nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya
hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri.
Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."
Saksi yang lain berkata :
"Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh
Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu),
apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar
menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."
"Saya lihat 3 helikopter
berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu,
saya
bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang
cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan
daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala
beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya
menangis.... "
Salah seorang pekerja
hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata :
"Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya."
Berpuluh-puluh ribu rakyat
Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke
jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke
udara.
Salah seorang jemaah
sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati
syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya.
"Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati
syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan
daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak
bersembunyi."
Ulama Islam menyeru
pembesar-pembesar negara Arab dan Islam, rakyat serta kerajaannya supaya
membantu perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan Israel
yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Demikian reaksi mereka terhadap
pembunuhan Syeikh Yassin oleh Israel (laknatullahi alaihi).
Dr. Yusof Al-Qardhawi ketika
dihubungi oleh Islam-Online berkata "Saya ucap takziah kepada
saudara-saudaraku
dalam Hamas dan di Palestin, saya juga ucap takziah kepada kaum muslimin
dan juga kepada saya sendiri" dengan menekankan bahawa Syeikh Yassin
bukan sahaja lambang bagi perjuangan rakyat Palestin tetapi juga bagi
orang-orang Islam seluruh tempat.
Qardhawi menambah "Syeikh Yassin
telah dibunuh oleh tangan-tangan yang zalim dan taghut ketika
beliau dalam perjalanan pulang dari masjidnya selepas menunaikan solat
Subuh. Beliau telah menemui Tuhannya dalam keadaan suci, bersolat,
menyerah diri kepada Allah, redha dan diredhai Allah, tidak ada yang
lebih afdal lagi daripada mayat ini."
Akan tetapi beliau menyambung "Mati
syahid ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dijangkakan Sharon dan
konco-konconya, Israel tidak akan mencapai kestabilan dan keamanan".
Beliau menjelaskan bahawa "pembunuhan Syeikh Yassin dalam bentuk ini
akan menjadi api dan laknat ke atas Israel, darahnya (Syeikh Yassin)
akan mengakhirkan hayat Israel yang sudah semakin hampir."
Dr.
Yusof Al-Qardhawi menyeru seluruh umat Islam di segenap penjuru dunia
supaya "menyokong dan membantu (support) perjuangan Palestin",
sambil menegaskan bahawa pembunuhan Syeikh Yassin "menunjukkan bahawa
apa yang dinamakan rundingan damai dan segala perbincangan itu adalah
bohong semata-mata, tidak layak melayan thugah ini melainkan
dengan kekuatan dan jihad. Inilah dia zionisme, ia tidak
berperikemanusiaan dan tidak berakhlak.
Beliau juga meminta rakyat Palestin
"supaya berada di saf yang satu...pihak berkuasa dan pergerakan
penentangan, rakyat dan kerajaan, menentang kebejatan zionisme yang
didalangi oleh Amerika." Beliau menambah "rakyat Palestin dengan segala
kemampuannya, wajib meninggalkan segala selisih faham dan sama-sama
bangkit menuntut bela di atas kematian Syeikh Yassin dan
pembantu-pembantunya."
Syeikh Faysal Mawlawi,
Setiausaha Jamaah Islam Lubnan meminta supaya fail rundingan (dengan
Israel) ditutup buat selama-lamanya, dan bertukar kepada penentangan
bersama rakyat dan para mujahid. Mawlawy juga meminta
pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan
zionis supaya membatalkan semua perjanjian, menyingkirkan duta-duta
zionis serta menutup kedutaan mereka.
|
 |
|
Mohamed Mahdi 'Akif |
|
Mursyidul-Am Al-Ikhwanul-Muslimoon, Mohamed Mahdi 'Akif
pula meminta
pemimpin-pemimpin
Arab bersungguh-sungguh dalam menghadapi serangan Israel yang
berterusan ke atas rakyat Palestin dan pemimpinnya.
Beliau
berkata : "Kalaulah mereka ada perasaan, sensitiviti dan
kewajipan, nescaya mereka akan menghalau semua zionis dan
memutuskan hubungan dengan mereka", merujuk kepada
pemimpin-pemimpin Arab dan Islam. |
Syeikh Hamed Al-Baitawi,
khatib Masjid Al-Aqsa mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin, Arab
dan semua muslimin di atas kesyahidan Yassin. Beliau berkata : "Kerugian
kita adalah besar, akan tetapi takziah kita bahawa Syeikh Yassin telah
mencapai permitaannya daripada Allah sebagai syahid. Beliau telah
memperoleh 'syahadah' ini selepas menunaikan solat Subuh dan bacaan
wirid. Kami ucapkan tahniah kepada kamu wahai "as-syaheed", tidurlah
dengan damai'.
Syeikh Al-Azhar,
Dr.
Mohamed Sayed Tantawi mengutuk pembunuhan yang dilakukan ke atas
Syeikh Yassin. Beliau menegaskan bahawa pemimpin Hamas itu adalah "orang
yang membenarkan yang haq dan menyalahkan yang batil, apabila dia
mengatakan sesuatu, beliau berkata bagi tujuan mempertahankan agamanya
dan tanahairnya." Ditanya tentang peranan Al-Azhar terhadap apa
yang menimpa rakyat Palestin oleh tangan penjajahan Israel, Tantawi
berkata : "Peranan Al-Azhar adalah kutukan yang keras, dan menyeru umat
Arab dan Islam supaya berada di saf yang satu bagi mempertahankan hak
rakyat Palestin, dan juga mengajak dunia supaya memerangi Israel dan
mengisytiharkan perang ke atasnya."
diterjemah bebas oleh saya dari laman web islam-online
dan al-jazeera
|