ãäÇÞÔÉ Ïíäí

MAAL HIJRAH

(oleh : Ibnu Zain)

~ ditulis pada 2 Januari 2006 ~

 

                 Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Rabbul Izzati, memberikan kesempatan untuk kita meneruskan hidup ini,walau hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan pelbagai rintangan dan halangan yang pelbagai. Namun setinggi-tinggi kesyukuran kita ucapkan kerana masih lagi mampu untuk hidup pada hari ini dan bergelar seorang Muslim yang beriman.

 

                 Ketibaan Tahun baru 1427H memberikan penjelasan kepada kita bahawa dunia ini terus bergerak. Masa terus berlalu dan kita semakin tua dalam meniti hari-hari ini. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama membuat perhitungan diri sendiri, sejauh manakah pencapaian kita pada hari ini? Apakah yang telah kita usahakan dalam hidup ini? Dan cukupkah amal yang kita perbuat selama ini. Ataukah semua itu tidak berpadanan dengan umur yang kita habiskan. Atau mungkin kehadiran tahun baru bagi kita hanyalah suatu medan dan suatu waktu untuk kita perbaharui azam kita, tajdidkan niat dan tingkatkan kembali semangat kita yang akhirnya akan berangsur-angsur kita lupakan pabila sampai dipertengahan tahunnya.

 

                 Sebagai seorang umat Islam, kita sentiasa dituntut untuk sentiasa memperbaiki hari-hari yang kita lalui. Hari ini perlu lebih baik dari semalam, dan esok mesti lebih baik daripada hari ini. Dan pernah dikatakan oleh Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali bahawa sekirannya hari yang engkau hidup padanya lebih buruk daripada hari semalamnya maka celakalah engkau. Begitu sekali. Dan sebenarnya waktu dan hari ini adalah merupakan suatu perkara yang cukup besar dalam Islam dan cukup dituntut untuk kita bersama-sama menjaganya. Jika tidak masakan Allah akan berulang-ulang menggunakan kalimah-kalimah seperti “Demi Masa”, “Demi Waktu Dhuha”, “Demi Malam” dalam permulaan surah-surahNya menunjukkan waktu adalah merupakan makhluk yang cukup penting disisi Allah. Namun sejauh mana kita menjaganya.

 

                 Pernah dikisahkan cerita mengenai seorang soleh yang sedang memerhatikan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain-main di padang. Jauh di suatu sudut, dilihatnya seorang budak sedang termenung sendirian dan tidak menyertai sahabat-sahabatnya yang lain bermain-main. Lalu si lelaki soleh ini datang mendapatkan si budak lalu berkata, “Kenapa kamu bersendirian di sini wahai budak sedangkan kawan-kawanmu sedang seronok bermain-main di sana” Lalu dijawab oleh si budak, “ Pakcik, kita hidup di dunia ini bukannya untuk bermain pakcik”. Terkejut si lelaki soleh tadi mendengarkan jawapan yang cukup telus dari Iman yang terpancar dari lubuk hati si anak kecil. Cukup tak disangkanya budak yang begitu kecil mampu terus mengingatkan dirinya tentangn perihal tujuan dan matlamat dirinya dijadikan.

 

                 Lantas ditanya lagi si anak kecil itu “ Mengapa kamu berkata sedemikian wahai anakku?” Dijawab oleh si anak kecil tadi, “Pakcik, aku sering melihat ibuku memasak di dapur, dan kerap kali kuperhatikan tikamana ibuku ingin menyalakan ungun api untuk memasak, dia akan terlebih dahulu memasukkan ranting-ranting yang kecil sebelum menyalakan dahan-dahan yang besar. Aku takut juka aku akan terlebih dahulu dihumbankan oleh Allah kelak walaupun aku masih kecil” Jawapan yang cukup jelas dari seorang budak yang faham akan matlamat hidupnya. Bagaimana kita?

 

                 Sebab itulah kita selalu diingatkan bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah seketika. Tak menjadi syarat untuk kita sakit dahulu sebelum mati. Dan bukanlah syarat untuk kita tua dahulu sebelum kita dijemput oleh-Nya. Kerap kali kita melihat buah-buah yang putik terlebih dahulu jatuh ke tanah sebelum buah-buah yang masak ranum gugur ke bumi. Begitulah hakikat hidup ini agar kita sentiasa beringat untuk beramal dengan sebaiknya.

 

                 Moga kehadiran tahun baru 1427H ini mampu untuk mengubah kita sebagai insan yang lebih baik. Pelajar perubatan yang lebih tekun. Anak yang lebih Soleh, sahabat yang lebih memahami. Tanamlah dalam diri kita untuk memperbaiki diri sendiri, mendapatkan solat yang lebih khusyuk, amal yang jauh daripada bida’ah dan dosa kepadaNya. Ingatlah Allah setiap masa, waktu dan ketika… Salam Maal Hijrah. Wallahu a’lam.

Text Box: Úä ÃÈí åÑíÑÉ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá : ÞÇá ÑÓæá Çááå (Õ) : ãä ÊÚáã ÚáãÇ ããÇ íÈÊÛì Èå æÌå Çááå ÚÒæÌá áÇ áÇ íÊÚáãå ÅáÇ áíÕíÈ Èå ÚÑÖÇ ãä ÇáÏäíÇ áã íÌÏ ÚÑÝ ÇáÌäÉ íæã ÇáÞíÇãÉ                        (ÑæÇå ÃÈæ ÏÇæÏ ÈÅÓäÇÏ ÕÍíÍ)
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang belajar ilmu pengetahuan dari jenis ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T., tetapi ia mempelajari ilmu tersebut tidak lain tujuannya kecuali  hanya untuk mencapai sesiatu tujuan keduniaan, maka orang yang demikian tidak akan mencium bau wangi syurga”

                

 

 

 

                 Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah  

     dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah

      perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya,

      yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani.  

     Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali         Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada

Allah, berhak menerima imbalannya.

                          "As-Syahid Hassan Al-Banna"

Cloud Callout:
Hosted by www.Geocities.ws

1