keseronokan. Di antara tujuh pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam oarng yang tidak layak disebabkan terleka dalam keseronokan seks. Sekiranya kita turut sama terleka dibuai dalam keseronokan seks dan nafsu terutama nafsu untuk couple bermakna status kita sebagai muslim lebih rendah dari orang barat kerana kita sudah tidak segan lagi dengan larangan agama sedang kita mengiktiraf Islam sebagai agama kita dan al-Quran panduan hidup yang selalu di baca setiap hari.

 

Apabila masyarakat sudah dilanda dengan keruntuhan akhlak maka tidak mustahil zina akan berleluasa di kalangan muda mudi dan apa yang sangat menyedihkan apabila mereka berbangga dengan zina yang dilakukan, langsung tidak merasa bersalah dan berdosa di sisi Allah Azza WaJalla dan tidak mustahil akan tersebarnya anak luar nikah. Apabila si ibu sudah tertekan dengan kelahiran anak luar nikah ini maka untuk mengelak rasa malu mereka mengambil jalan mudah untuk membunuh atau membuang terus anak tersebut tanpa berfikir panjang. Menurut statistik tahun 2005, di Malaysia sahaja terdapat 30 000 anak luar nikah hasil keruntuhan moral masyarakat.

 

Umumnya kisah percintaan di sekolah atau kampus jarang berakhir dengan perkahwinan. Apabila mereka mendirikan rumah tangga dengan bukan orang yang dicintai sewaktu di sekolah ataupun kampus, ia boleh membawa kepada keretakan rumah tangga apabila masing-masing teringat kisah nostalgia zaman percintaan dahulu dan terkenang-kenangkan kekasih lama. Lebih bahaya lagi apabila masing-masing boleh berhubung dan bertemu semula.

 

Perlu dititik beratkan bagi lelaki dan perempuan yang telah diikat dengan tali pertunangan, walaupun mereka bergelar pasangan tunang mereka tetap haram untuk bersentuh-sentuh dan tidak digalakkan selalu berjumpa kerana mereka belum lagi bergelar suami isteri. Apabila sebelum pernikahan sudah dimulai dengan gejala-gejala maksiat maka selanjutnya mudahlah iblis memainkan peranannya melaga-lagakan hati di antara pasangan suami isteri sehingga berlarutan menjadi krisis.

 

Budaya ikhtilat manusia hari ini juga menyebabkan Allah menurunkan pelbagai jenis bentuk bala. Bukan sahaja bencana alam, banjir, gempa bumi dan sebagainya sahaja dianggap sebagai bala tetapi terjadinya penyakit lemah tenaga batin juga termasuk salah satu  bala daripada Allah yang diturunkan ke atas orang yang melanggar perintah-Nya apabila mereka menyalahgunakan nikmat seks atau memuaskan nafsu bukan pada jalan yang halal dan tidak diredhai Allah maka sudah pasti Allah Taala akan menarik bala nikmat tersebut suatu hari nanti. Demikianlah akibat, jika seseorang itu setiap hari bergaul bebas dan melihat susuk tubuh, paha, betis dan buah dada wanita tanpa disedari , lambat laun nafsu terhadap isteri sendiri menjadi dingin, lemah dan tawar. Bila  nafsu syahwat seseorang itu lemah maka mudah berlaku krisis dan keretakan dalam rumah tangga yang akan membawa kepada perceraian. Itulah di antara punca dan angkara perceraian semakin meningkat.

 

Penutup

 

             Justeru marilah sama-sama kita menjaga diri daripada terjerumus ke dalam ikhtilat yang tidak syarie'. Bukan kerana kesan-kesan buruk hasil ikhtilat yang ingin kita elakkan bahkan yang penting sekali agar diri kita jauh dari kemurkaan Allah Ta'ala dan berusaha untuk mencapai keredhaan-Nya.

 

             Marilah kita renungkan syair Ahmad Sauqi, untuk sama-sama kita menginsafi kewujudan kita di bumi Allah yang hanya merupakan persinggahan sementara, akan menjadi kerugian yang besar kepada kita sekiranya kita tidak memanfaatkan apa diberi pinjam untuk seketika ini dengan mengambil faedah, hasil dan manfaatnya sebagai bekalan untuk hari kemudian yang kekal selamanya.

 

Åä ÇáÍíÇÉ áËæÈ ÓæÝ  ÊÎáÚå  #  æßá ËæÈ ÅÐÇ ãÇ ÑËøøøøøøøøø íäÎáÚ

                                                                                                                                                

Maksudnya " Sesungguhnya kehidupan itu umpama pakaian yang akan ditanggalkan, dan setiap pakaian itu apabila rosak ia akan dibuang jua "

 

***

ãäÇÞÔÉ Ïíäí

Hosted by www.Geocities.ws

1