|
Allah Ta'ala juga memberi amaran keras dan melaknat hambanya yang terjebak dengan maksiat dan terjemurus ke dalam zina. Hal demikian berlaku disebabkan sifat wanita yang tidak memelihara kehormaatan diri. Maksud firman Allah Taala:
"Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) " (al-Isra' : ayat 32)
Seperti mana kita tahu mencegah itu lebih baik daripada merawat, jelaslah ayat di atas bukan sahaja melarang zina sahaja bahkan wasilah-wasilah yang membawa kepada zina awal-awal lagi diharamkan. Justeru ikhtilat tidak syarie' yang merupakan mukaddimah kepada zina secara langsung tidak dibenarkan di sisi Islam. Kemasukan filem-filem asing yang menayangkan keseronokkan pergaulan bebas bahkan membawa mesej seks banyak mempengaruhi fikiran golongan muda-mudi Islam. Kehidupan bebas yang digambarkan sebagai bertamadun dan sesuai dengan perkembangan zaman akhirnya diterima oleh masyarakat. Bermula dengan senyum dan bertegur sapa, akhirnya berlakulah episod pergaulan bebas, bertepuk tampar, gelak tawa dengan yang bukan mahram yang akhirnya menjerumuskan kepada zina.
Kita tidak boleh memandang remeh terhadap perkara-perkara yang kecil kerana maksiat yang besar seperti zina biasanya bermula daripada yang kecil, ianya makin membarah dan susah untuk dihindar kerana perbuatan yang dilarang itu sudah menjadi sesuatu yang disukainya dan sudah terbiasa dengan perkara-perkara demikian. Salah satu daripada kejayaan syaitan sepanjang menggoda anak-anak adam ialah berjaya menjerumuskan mereka ke arah zina.
Dalil-dalil melarang ikhtilat
1. "Apabila kamu meminta daripada perempuan akan sesuatu maka hendaklah kemu meminta dari balik tabir”. (Maksud Surah al-Ahzab, ayat 53) 2. "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman perempuan supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir padanya, dan hendaklah mereka tutupkan tudungnya ke lehernya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya , anaknya , anak saudaranya, saudaraanya, anak saudaranya yang laki-laki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimat , hamba sahayanya , orang-orang yang mengikutnya antara laki-laki, yang tiada berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah berjalan sambil menggoncangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan " (Maksud Surah an-Nur ayat 31) 3. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu) 4. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak boleh sunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersama muhrimnya.
Bahaya ikhtilat
Zaman remaja merupakan masa kemuncak gelora nafsu. Maka perlulah setiap individu itu mempersiapkan diri dengan bekalan iman , amal dan taqwa agar dapat mempertahankan diri daripada terus terleka dan terjebak dengan godaan syaitan. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyaarakat malah individu itu sendiri. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas ialah keruntuhan akhlak. Salah seorang presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataaan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam |
|
ãäÇÞÔÉ Ïíäí |